anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home Media KPDN News Latest News 2022 YB SENATOR PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH MULA TUGAS SEBAGAI TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN)

SELAMAT DATANG DAN TAHNIAH KEPADA YB DATUK SERI SALAHUDDIN BIN AYUB

 

PUTRAJAYA , 12 DISEMBER 2022, ISNIN - YB Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh tiba di Anjung Seri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada jam 10.00 pagi dengan disambut oleh Ketua Setiausaha KPDN, YBhg Datuk Azman Mohd Yusof.

YB Timbalan Menteri diringi Pengurusan Tertinggi KPDN dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas beliau sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN). Seterusnya, YB Timbalan Menteri membuat pemeriksaan perbarisan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP.

Warga KPDN mengalu-alukan kedatangan YB Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang baharu berkuatkuasa 9 Disember 2022.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat