anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home Media KPDN News Latest News 2022 PENGUAT KUASA KPDN BERJAYA MENUMPASKAN AKTIVITI PENYELEWENGAN MINYAK DIESEL BERSUBSIDI

SELAMAT DATANG DAN TAHNIAH KEPADA YB DATUK SERI SALAHUDDIN BIN AYUB

 

PUTRAJAYA, 13 Disember 2022 – Satu aktiviti penyelewangan ,minyak diesel bersubsidi telah berjaya ditumpaskan oleh Penguat Kuasa Kementerian PErdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Serbuan telah dilakukan ke atas sebuah premis tanpa nama di Telok Panglima Garang, Selangor pada 12 Disember 2022.

Menurut Tuan Azman bin Adam, Pengarah Penguat Kuasa KPDN serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDN Putrajaya dan ketika serbuan dilakukan tiada individu/orang ditemui berada di dalam premis terbabit namun terdapat sebuah lori yang didapati telah diubahsuai dan dua (2) buah tangki (skid tank) yang berada di dalam premis terbabit.

Hasil pemeriksaan telah menemukan minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 23,325 liter selain pam bermotor, sebuah kereta dan beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel. 

Minyak diesel, kenderaan lori dan kereta serta peralatan-peralatan lain yang ditemui di lokasi serbuan telah disita bagi tujuan siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 102,000.00.

Tambahnya lagi, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti individu/syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini. Selain itu, syarikat ini juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutanhak ke atas apa-apa hasil  pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak diesel.

KPDN ingin memberikan amaran keras kepada semua yang berkaitan dan menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti haram ini.

Masyarakat disaran untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat terutamanya berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat