anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home Media KPDN News Latest News 2022 FOOD BANK MALAYSIA MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN DARIPADA SYARIKAT TAMIN BAGI MEMBANTU MANGSA BANJIR

title 

PUTRAJAYA, 22 DISEMBER 2022, KHAMIS – YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mewakili Food Bank Malaysia telah menerima sumbangan barangan makanan asas daripada Syarikat Tamin Sdn Bhd yang diserahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutinya, Tuan Abdul Talib Bin Abdul Rahman bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di kawasan-kawasan terlibat terutamanya di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor.

Untuk pengetahuan, Syarikat Tamin telah menyumbangkan sebanyak 1 tan barang makanan asas yang dianggarkan bernilai RM 7,300.00 bagi peringkat pertama ini dan akan melakukan penghantaran sumbangan seterusnya secara berperingkat.

Seterusnya, sumbangan ini kemudiannya akan diselaraskan oleh Sekretariat Food Bank Malaysia sebelum diedarkan kepada Pejabat KPDN Negeri sebelum diserahkan kepada mangsa banjir yang terlibat. Rakan Strategik Program Food Bank serta NGO yang berkenaan akan turut serta dalam pengagihan sumbangan ini untuk dihantar terus ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan yang terlibat.

KPDN mewakili Food Bank Malaysia amat berbesar hati  menerima sumbangan ini dan Kementerian mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Tamin dan amat mengalu-alukan sumbangan dari syarikat-syarikat, organisasi-organisasi  dan orang perseorangan sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat dalam  membantu golongan yang memerlukan khususnya mangsa bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat