anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home Media KPDN News Latest News 2023 INISIATIF MENU RAHMAH BAGI MEMBANTU GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

photo 2023 02 07 16 25 55

SUBANG JAYA, 31 JANUARI 2023, SELASA– Kementerian Perdaganagn Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan satu inisiatif baharu “Menu RAHMAH” dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan. YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah  merasmikan Menu RAHMAH di Pasar Raya MYDIN Subang Jaya, Selangor pada hari ini.

Pelancaran  Menu RAHMAH ini merupakan salah satu inisiatif baharu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat, susulan daripada libat urus industri yang dilaksanakan pada 26 Januari 2023 bersama wakil-wakil persatuan restoran seperti Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputra Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA).

Menurut YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menu RAHMAH ini merupakan makanan tengah hari atau malam yang seimbang dan merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu pada harga RM 5.00 sepinggan. Dengan tawaran harga menu yang sangat berpatutan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Menu RAHMAH ini merupakan kerjasama sinergi antara kerajaan bersama pemain industri makanan dan minuman yanag akan diperluaskan diseluruh negara dalam masa terdekat.

Pada hari ini, Pasar Raya MYDIN turut menyumbang 5,000 pek Menu RAHMAH kepada 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara yang terdiri daripada golongan (B40). KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya pengusaha restoran supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat