anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home Media KPDN News Latest News 2023 DAYA NIAGA - PELANCARAN MICROSITE FRANCAIS MALAYSIA

image

 

PUTRAJAYA, 28 FEBRUARI 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan Microsite Francais Malaysia. Ia merupakan platform yang dibangunkan oleh KPDN dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) untuk membantu perkembangan francais dan mempromosikan potensi perniagaan francais kepada masyarakat umum termasuk meningkatkan pemahaman mengenai industri francais negara.

YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri KPDN memaklumkan bahawa Microsite Francais Malaysia sudah mula boleh diakses pada 1 Februari 2023 dengan melayari laman sesawang http://www.francaismalaysia.com.

KPDN mensasarkan dua kumpulan utama bakal mendapat manfaat daripada Microsite Francais Malaysia iaitu bakal francaisor dan bakal francaisi. Microsite ini akan berfungsi sebagai akses kepada sumber maklumat khusus mengenai francais antaranya maklumat pembangunan industri francais negara, fungsi-fungsi direktori francais dan pembiayaan, rujukan kepada proses pendaftaran sebagai francaisor atau francaisi, video dan hebahan promosi serta lain-lain aktiviti pembangunan yang dianjurkan KPDN dan MFA serta aplikasi lead generation bagi mengumpulkan maklumat mereka yang berminat untuk menceburi francais.

Tambahnya lagi, microsite ini merupakan salah satu program di bawah inisiatif DAYA Niaga. DAYA merupakan salah satu inisiatif di bawah Hala Tuju KPDN dalam menangani Kos Sara Hidup pada tahun 2023 selepas RAHMAH.

KPDN optimis bahawa Microsite Francais Malaysia mampu membantu meningkatkan peluang untuk rakyat menceburi bidang perniagaan francais seterusnya melonjakkan sosio-ekonomi, sejajar dengan inisiatif RAHMAH dan konsep Malaysia MADANI yang diperkenalkan Kerajaan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat