anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home Media KPDN News Latest News 2023 PROGRAM JUALAN MEGA EHSAN RAHMAH PERTAMA DI SELANGOR

image

AMPANG, 31 MEI 2023, RABU – YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bersama-sama YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Jualan Mega Ehsan RAHMAH (JER) yang diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2, Taman Keramat, Selangor.

Majlis Pelancaran Program Jualan Mega Ehsan RAHMAH (JER) pada hari ini adalah sebagai tanda kick-off Program Jualan Ehsan RAHMAH (JER) yang akan dilaksanakan di semua 56 kawasan DUN di seluruh Negeri Selangor, di mana lokasi dan keperluan logistik diuruskan oleh pihak DUN.

Program Jualan Mega Ehsan RAHMAH (JER) yang pertama diadakan di Negeri Selangor ini menawarkan dan memfokuskan penjualan bagi tujuh (7) jenis barang keperluan asas utama pengguna seperti Ayam Segar, Beras, Telur Ayam, Minyak Masak, Ikan, Gula Pasir dan Daging Sejuk Beku pada harga runcit serendah 30% berbanding harga pasaran.

Untuk pengetahuan, Program JER Selangor ini merupakan kerjasama strategik pertama yang digerakkan di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bersama Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Kerjasama strategik ini adalah idea penggabungan dan penyelarasan dua program di bawah inisiatif kos sara hidup iaitu Program Jualan RAHMAH dan Jualan Ehsan Rakyat di Selangor dengan penjenamaan semula sebagai Jualan Mega Ehsan RAHMAH (JER).

Oleh : Unit Komunikasi Korporat