anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home Media KPDN News Latest News 2024 PELANCARAN BAZAR RAMADAN RAHMAH DAN INISIATIF MYSAVEFOOD TAHUN 2024 PERINGKAT NEGERI PAHANG

pelancaran bazar ramadan rahmah dan inisiatif mysavefood tahun 2024 peringkat negeri pahang original

KUANTAN, 27 MAC 2024, RABU – YB Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah turun padang bagi mengadakan sesi walkabout di Bazar Ramadan RAHMAH Mahkota Square (Taman Kerang), Kuantan, Pahang sekali gus melancarkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2024.

Bagi penganjuran peringat Negeri Pahang, sebanyak 4 lokasi tumpuan orang ramai telah dipilih sebagai BRR pada tahun ini iaitu BRR Dataran FAMA Chini, BRR Bandar Jerantut, BRR Mahkota Square dan BRR Bandar Jerantut. Bagi BBR Mahkota Square, sebanyak 20 gerai menyediakan Menu RAHMAH sebagai pilihan menu tambahan pada harga RM5 dan ke bawah.

Bersempena bulan Ramadan juga, KPDN telah melaksanakan OPS PANTAU bermula 12 Mac 2024. Sehingga kini, Penguat kuasa KPDN Pahang telah menjalankan pemeriksaan ke atas 3,239 premis sejak 12 Mac 2024 sehingga 26 Mac 2024 di bawah OPS PANTAU 2024. Sebanyak 13 kes telah dihasilkan di bawah AKHAP 2011 dan ATS 1972 oleh KPDN Pahang sepanjang OPS PANTAU 2024 dilaksanakan.

Pada masa yang sama, YB Timbalan Menteri turut melancarkan Program MySaveFood 2024 Peringkat Negeri Pahang. Program ini merupakan kerjasama strategik KPDN Pahang bersama Pertubuhan Pemuda GEMA Negeri Pahang dan dan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yang melibatkan seramai 30 orang sukarelawan meliputi 3 buah Institut Pengajian Tinggi (IPT) antaranya Widad University College, Cosmopoint College Kuantan dan DRB-HICOM University of Automotive Malaysia.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat