anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home Menu RAHMAH
  1. Definisi – Menu hidangan makan tengah hari atau makan malam yang seimbang pada harga tidak melebihi RM5.00 per set.
  1. Penyertaan secara sukarela kepada semua pengusaha makanan-minuman dengan berdaftar melalui laman sesawang https://menurahmah.kpdn.gov.my
  1. Terbuka kepada pengusaha restoran/kafe, restoran makanan segera dan medan selera/ gerai.
  1. Pengguna yang ingin mendapatkan lokasi Menu RAHMAH MADANI boleh melalui laman sesawang https://menurahmah.kpdn.gov.my
  1. Inisiatif ini terus dikembangkan melalui pelancaran Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH pada 2 November 2023 kepada semua pengusaha makanan-minuman Menu RAHMAH MADANI yang berdaftar dengan KPDN untuk mendapatkan stok barangan keperluan masakan pada harga yang lebih rendah dengan kerjasama beberapa pasar raya dan pasar raya besar terpilih iaitu Lotus’s, Econsave, NSK, Giant, Mydin, Segi FRESH dan AEON Big.