anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home News Pengumuman Umum

image

Saksikan temu bual secara langsung esok di slot Selamat Pagi Malaysia bersama YBrs. Tuan Mohammad Sanusi Abdul Karim, Pengarah Kanan, Sektor Hal Ehwal Kos Sara Hidup & Penyelidikan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN).

🗓️ 22 November 2023 (Rabu)
⏰ 8.55 Pagi
📺 TV1, MYTV & RTM Klik

image

 

BAGAIMANA JUALAN RAHMAH DIADAKAN?

 
Bagi memastikan tidak ada golongan yang terkecuali daripada menikmati pembelian barangan keperluan pada harga diskaun yang menjimatkan perbelanjaan, kami mengadakan Program Jualan RAHMAH melalui 3 kaedah utama iaitu:
 
MODEL 1: DALAM PASAR RAYA / RUNCIT
Penawaran diskaun barangan oleh pasar raya itu sendiri dengan menggunakan jenama dan logo Jualan RAHMAH.
 
MODEL 2: KAWASAN TERBUKA
Jualan di kawasan tumpuan orang ramai khususnya golongan B40.
 
MODEL 3: JUALAN RAHMAH BERGERAK
Jualan menggunakan trak atau lori, khas untuk mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan sukar ke kawasan bandar atau pasar raya yang mengadakan Jualan RAHMAH.
 
Ikuti media sosial KPDN sekiranya anda ingin tahu lokasi Jualan RAHMAH pada minggu ini!

image

 

KPDN TERIMA 43 PERMOHONAN BAHARU KAD DISKAUN KHAS MENU RAHMAH

Insentif diskaun yang diperkenalkan kepada pengusaha Menu RAHMAH melalui Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH sejak 2 November 2023 yang lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila KPDN menerima 43 permohonan baharu kad diskaun khas tersebut. Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH merupakan inisiatif bersama 6 pasar raya (AEONBIG, MYDIN, NSK, GIANT, LOTUS'S dan ECONSAVE) selaku rakan strategik KPDN yang menawarkan diskaun sehingga 40% bagi pembelian barangan keperluan perniagaan.

Semua pengusaha restoran dan kedai makan yang berminat untuk menawarkan Menu RAHMAH bolehlah mendaftar segera di pautan https://menurahmah.kpdn.gov.my/ dan menikmati diskaun khas ini kelak.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03-8882 5881/5905 atau melalui emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Subcategories