Servis Ihsan MADANI@PETRONAS AutoExpert
Pengenalan Program
- Servis Ihsan MADANI@PETRONAS AutoExpert (SIM@PAX) merupakan program kerjasama antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan PETRONAS Dagangan Berhad yang dilancarkan pada 20 Januari 2025.
- SIM@PAX menawarkan pakej penyelenggaraan kenderaan dan pengurangan harga minyak pelincir jenis mineral serta semi sintetik di bengkel-bengkel PETRONAS AutoExpert, pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.
- SIM@PAX dilaksanakan pada setiap menjelang lapan musim perayaan utama di Malaysia iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Pesta Kaamatan, Hari Gawai, Hari Deepavali, Hari Krismas, dan Hari Kebangsaan. Program SIM@PAX yang telah dilaksanakan sehingga kini:
- SIM@PAX rintis sempena Tahun Baru Cina pada 24 - 28 Januari 2025; dan
- SIM@PAX sempena Hari Raya Aidilfitri pada 15 – 29 Mac 2025 dengan tempahan di aplikasi Setel dibuka bermula pada 8 Mac 2025.
Objektif Program
Syarat Kelayakan
Lokasi Pelaksanaan
Tatacara Permohonan