Program Franchise Bay ialah siri pameran melibatkan penyertaan syarikat francais bagi mempromosikan perniagaan mereka kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi usahawan dan kumpulan peniaga yang ingin mengembangkan perniagaan kepada konsep francais. Penyertaan akan melibatkan francaisor induk iaitu individu/ syarikat yang memegang hak perniagaan francais di bawah tanda dagangan atau nama dagang mereka di Malaysia.
OBJEKTIF PROGRAM
Objektif penganjuran program adalah:
i.Memberi pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan untuk memahami konsep
perniagaan francais di samping latihan dan pakej pembiayaan yang ditawarkan;
ii.Memberi peluang kepada komuniti mengenali dan memahami sistem perniagaan francais di Malaysia;
iii.Platform kepada para francaisor mempromosikan perniagaan francais mereka;
iv.Platform untuk memberikan galakan kepada usahawan untuk mentransformasi
perniagaan sedia ada kepada konsep francais; dan
v.Membantu merancakkan semula perkembangan ekonomi negara khususnya dalam
industri perniagaan francais.
Zon Selatan | Mahkota Parade, Melaka 2 - 4 April 2021 |
Zon Pantai Timur | Kuala Terengganu City Centre Mall(KTCC Mall) 8 - 10 April 2021 |
Zon Sarawak |
Vivacity MegaMall, Kuching |
Zon Selatan |
Angsana Mall, Johor Bahru |
Zon Pantai Timur |
Kuantan City Mall, Kuantan |
Zon Tengah |
Aeon Mall Shah Alam |
Zon Utara |
Aman Sentral Mall, Alor Setar |