Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

Diesel Bersubsidi (Skid Tank)

Subsidi diesel telah diperkenalkan di bawah Bajet 2002 pada 19 Oktober 2021. Subsidi ini diberikan kepada sektor pengangkutan darat dan bot penumpang sungai. Permohonan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel, dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dianggotai oleh wakil Kementerian Kewangan, Jabatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sabah dan Sarawak, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Laut Malaysia, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Bahagian Penguatkuasa, KPDN.

Garis Panduan Permohonan Diesel Bersubsidi (Skid Tank)

Sektor Pengangkutan Darat
  1. Syarikat/Konsortium yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Syarikat pengangkutan darat mestilah mendapat permit Kelas A dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)/Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan memiliki 16 buah dan ke atas kenderaan sendiri seperti di Lampiran A. Kenderaan tersebut mestilah atas nama syarikat/konsortium yang memohon sahaja.
  3. Penubuhan konsortium dibenarkan bagi syarikat yang mempunyai jumlah kenderaan kurang dari 16 buah kenderaan permit Kelas A dengan syarat setiap syarikat mempunyai pegangan syer di dalam konsortium tersebut. Kenderaan tersebut mestilah di atas nama syarikat yang bernaung di bawah konsortium berkenaan.
  4. Jentera dan kenderaan khusus yang digunakan di dalam persekitaran kompleks-kompleks seperti lapangan terbang, pelabuhan, tapak dan kawasan pembinaan projek infrastruktur, kawasan kilang, kawasan pembalakan tidak layak mendapatkan diesel bersubsidi.
  5. Pemohon mesti memiliki skid-tank yang diluluskan oleh Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  dan Kos Sara Hidup di negeri atau daerah yang berkenaan.
  6. Borang serta senarai semak yang perlu digunakan.
    1. Klik di sini untuk muat turun borang KSD-1
    2. Klik di sini untuk muat turun senarai semak (Pengangkutan Darat)

PENGANGKUTAN BARANGAN/PENGANGKUTAN AWAM

(PERMIT SPAD/LPKP KELAS A)

gambar diesel

 
 
Sektor Penumpang Sungai

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat seperti berikut :

Pengerusi
Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD),
Bahagian Kawal Selia Petroleum,
Sektor Barang Kawalan dan Subsidi,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Aras 4 (Menara), No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.

Sila hubungi :

MySubsidi Diesel
Tel : 03 - 8084 4566
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive