Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN HARI RAYA KEPADA PENGGIAT-PENGGIAT SENI TANAH AIR

KUALA LUMPUR, 28 MAC  2024, KHAMIS-  YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah hadir  ke Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Bakul RAHMAH dan Bantuan Hari Raya bersama-sama penggiat-penggiat seni tanah air bertempat di Hotel Park Royal,  Kuala Lumpur.

Pada majlis ini, YB Menteri telah menyerahkan Bakul RAHMAH tajaan 99 Speedmart serta sumbangan bantuan hari raya bernilai RM50,000 daripada FMT Media untuk diserahkan kepada 50 orang penggiat-penggiat seni yang terpilih.

Bantuan hari raya ini merupakan salah satu inisiatif di bawah FMT Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Persatuan Karyawan Malaysia dalam usaha membantu pengiat-penggiat seni dari golongan berpendapatan rendah

Penganjuran majlis hari ini bertujuan memberi penghormatan dan penghargaan  kepada 50 orang penggiat seni kreatif  yang telah lama bergiat di dalam industri seni tanah air.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


PELANCARAN BAZAR RAMADAN RAHMAH DAN INISIATIF MYSAVEFOOD TAHUN 2024 PERINGKAT NEGERI PAHANG

KUANTAN, 27 MAC 2024, RABU – YB Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah turun padang bagi mengadakan sesi walkabout di Bazar Ramadan RAHMAH Mahkota Square (Taman Kerang), Kuantan, Pahang sekali gus melancarkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2024.

Bagi penganjuran peringat Negeri Pahang, sebanyak 4 lokasi tumpuan orang ramai telah dipilih sebagai BRR pada tahun ini iaitu BRR Dataran FAMA Chini, BRR Bandar Jerantut, BRR Mahkota Square dan BRR Bandar Jerantut. Bagi BBR Mahkota Square, sebanyak 20 gerai menyediakan Menu RAHMAH sebagai pilihan menu tambahan pada harga RM5 dan ke bawah.

Bersempena bulan Ramadan juga, KPDN telah melaksanakan OPS PANTAU bermula 12 Mac 2024. Sehingga kini, Penguat kuasa KPDN Pahang telah menjalankan pemeriksaan ke atas 3,239 premis sejak 12 Mac 2024 sehingga 26 Mac 2024 di bawah OPS PANTAU 2024. Sebanyak 13 kes telah dihasilkan di bawah AKHAP 2011 dan ATS 1972 oleh KPDN Pahang sepanjang OPS PANTAU 2024 dilaksanakan.

Pada masa yang sama, YB Timbalan Menteri turut melancarkan Program MySaveFood 2024 Peringkat Negeri Pahang. Program ini merupakan kerjasama strategik KPDN Pahang bersama Pertubuhan Pemuda GEMA Negeri Pahang dan dan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yang melibatkan seramai 30 orang sukarelawan meliputi 3 buah Institut Pengajian Tinggi (IPT) antaranya Widad University College, Cosmopoint College Kuantan dan DRB-HICOM University of Automotive Malaysia.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


SESI WALKABOUT YAB PERDANA MENTERI KE BAZAR RAMADAN RAHMAH (BRR) TAMAN PERPADUAN, PERAK

IPOH, 25 MAC 2024, ISNIN - YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkenan meluangkan masa turun padang melakukan sesi walkabout di Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Taman Perpaduan, Tambun, Perak.

Program BRR ini merupakan salah satu inisiatif di bawah KPDN dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui penyediaan pilihan hidangan untuk berbuka puasa pada harga yang lebih murah serta berpatutan dengan penawaran kepelbagaian menu makanan yang seimbang berteraskan menu RAHMAH.

Penganjuran BRR peringkat Negeri Perak telah dilaksanakan di 4 lokasi tumpuan orang ramai iaitu BRR Taman Cempaka Ipoh, BRR Taman Perpaduan Tambun, BRR Taman Silibin Ipoh dan BRR Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Bersempena bulan Ramadan, KPDN telah melaksanakan OPS PANTAU bermula 12 MAC 2024 dan dilaksanakan secara seragam dan berfokus di seluruh negara dengan lokasi tumpuan seperti Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri, Pasar Awam, Pasar Basah, Pasar Ray Besar, Pasar Raya Kedai rumcit dan aktiviti penjualan secara dalam talian.

Sehingga kini, KPDN perak melalui Penguat Kuasa telah menjalankan pemeriksaan ke atas 2,145 premis sejak 12 Mac 2024 sehingga 23 Mac 2024 di bawah OPS PANTAU 2024 namun tiada aduan diterima oleh KPDN Perak dan sebanyak 14 kes telah diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga & Anti- Pencatutan 2011.

Pada masa yang sama, YAB Perdana Menteri tutut berkenan menyempurnakan Majlis Pelancaran MysaveFood peringkat Negeri Perak di Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Taman Perpaduan, Tambun, Perak. Projek Malaysia Save Food bertujuan membudayakan satu sistem pengurusan lebihan makanan secara efektif di bazar Ramadan dalam usaha mengurangkan pembaziran makanan sepanjang bulan Ramadan.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


SESI PEMERIKSAAN KETUA PENGARAH PENGUAT KUASA KPDN MENINJAU PELAKSANAAN OPS PANTAU 2024

PUTRAJAYA, 24 MAC 2024, AHAD – YBhg. Datuk Azman bin Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan sesi pemeriksaan dan pemantauan harga barang bagi meninjau pelaksanaan OPS PANTAU 2024 bertempat di Bazar Aidilfitri, Presint 3 Putrajaya.

Berdasarkan statistik OPS PANTAU 2024 dari 12 Mac 2024 hingga 23 Mac 2024, sebanyak 20,854 premis telah diperiksa di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 84 kes telah dihasilkan atas pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan sebanyak RM414,319.07.

Sejumlah 685 pemeriksaan di Bazar Aidilfitri telah dilaksanakan di seluruh negara sejak OPS PANTAU 2024 dilancarkan. Manakala sebanyak 623 aduan oleh pengguna juga telah diterima dalam tempoh yang sama melibatkan pelbagai kategori aduan.

Antara kesalahan yang diambil tindakan meliputi kegagalan meletakkan tanda harga, tidak menggunakan alat timbang yang sah dan menjual barang-barang tiruan.

KPDN telah menggerakkan lebih kurang 2,200 orang pegawai penguat kuasa di seluruh negara bagi melaksanakan penguatkuasaan dan pemantauan pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri menerusi OPS PANTAU 2024.

KPDN ingin mengingatkan kepada semua peniaga agar terus mematuhi segala perundangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan terutamanya sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive