anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM

PENGENALAN

Akta Persaingan 2010 melarang perlakuan antipersaingan yang antara lainnya termasuklah amalan perjanjian antipersaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan. Siasatan boleh dijalankan oleh Suruhanjaya Persaingan dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana perniagaan, perusahaan atau syarikat yang didapati melakukan pelanggaran di bawah Akta Persaingan 2010 termasuk pengenaan penalti.

Tribunal Rayuan Persaingan (TRP) adalah badan separa kehakiman (quasi-judicial) yang ditubuhkan di bawah Seksyen 44 Akta Persaingan 2010 dan mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk mendengar rayuan ke atas keputusan Suruhanjaya Persaingan di bawah Seksyen 35 (arahan), 39 (dapatan tiada pelanggaran) dan 40 (dapatan pelanggaran) Akta Persaingan 2010.

Oleh itu, mana-mana pihak yang terkilan atau yang kepentingannya tersentuh oleh sesuatu arahan atau keputusan Suruhanjaya Persaingan boleh mengemukakan rayuan kepada TRP yang mempunyai bidang kuasa termasuk untuk mengekalkan atau mengetepikan keputusan Suruhanjaya Persaingan yang menjadi hal rayuan. Bagi memastikan proses rayuan di TRP berjalan lancar, prosedur berkenaan rayuan telah ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Persaingan (Tribunal Rayuan) 2017.

Pada masa ini, keanggotaan Tribunal Rayuan Persaingan adalah seperti yang berikut:

  1. YA Dr. Shahnaz binti Sulaiman (Presiden);
  2. YBhg. Datuk Seri Dr. Victor Wee Eng Lye;
  3. YBhg. Dato’ Asmabi binti Mohamad;
  4. YBrs. Tuan Mohd Rafee Mohamed;
  5. YBhg. Dato’ Hj. Che Pee bin Samsudin;
  6. YBhg. Dato’ Dr. Suhazimah binti Dzazali; ;
  7. YBhg. Datuk Dr. Mohd. Gazali bin Abas;
  8. YBhg. Datin Paduka Ang Nai Har;
  9. YBhg. Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Rahim;
  10. YBhg. Tan Sri Muhammad bin Ibrahim;
  11. YBhg. Dato’ Zainal Azman bin Abu Seman;
  12. YBrs. Tuan Chambai Anak Lindong;
  13. YBrs. SR.Hj. Ishak bin Ismail;
  14. YBhg. Datuk Ir. Abdullah bin Isnin;
  15. YBhg. Dato’ Salim bin Parlan

Tribunal Rayuan Persaingan ditadbir oleh seorang Setiausaha yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 50 Akta Persaingan 2010.

 

MENGENAI KAMI

 

Objektif

Tribunal Rayuan Persaingan bertekad untuk memberi keadilan kepada setiap pihak yang terlibat dalam rayuan di hadapannya. Perkara ini boleh dilihat melalui keanggotaan Tribunal yang mana anggota-anggotanya terdiri daripada personaliti yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang undang-undang, perdagangan, ekonomi, perakaunan dan hal ehwal pengguna.

Fungsi

Tribunal Rayuan Persaingan mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk mendengar rayuan ke atas keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Persaingan di bawah seksyen 35, 39, 40 Akta Persaingan 2010

VISI

Menjadi suatu forum penyelesaian pertikaian yang berkesan dan berintegriti berlandaskan peruntukan Akta Persaingan 2010.

MISI

Sebagai suatu tribunal khas dengan bidang kuasa eksklusif untuk mendengar rayuan ke atas keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Persaingan di bawah seksyen 35, 39, dan 40 Akta Persaingan 2010

Piagam Pelanggan

Tribunal berjanji akan— 1. memproses pemfailan rayuan dan mengendalikan pengurusan pra-pendengaran rayuan dengan profesional dan efisien; daripada para pelanggan