Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

imageKUALA LUMPUR, 14 MAC 2023, SELASA – Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) melancarkan Inisiatif Payung RAHMAH Lotus’s sebagai tanda sokongan terhadap program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Ianya telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri KPDN.

Inisiatif Pakej RAHMAH yang akan berlansung ini menawarkan harga istimewa (potongan dari 30%) yang lebih murah secara kombinasi mengikuti sambutan – sambutan istimewa di Lotus’s sebagai contoh Pakej RAHMAH Kembali ke Sekolah dan lain-lain lagi.

Manakala Jualan Rahmah pula, merupakan program jualan murah sepanjang tahun di semua pasaraya Lotus’s menawarkan potongan harga yang akan ditukar promosinya pada setiap bulan mengikut tempoh khas yang tertentu seperti Ramadhan Raya yang akan datang, jualan murah Merdeka dan sebagainya.

Inisiatif Jualan RAHMAH ini, dapat membantu meringankan beban para pelanggan dengan menyediakan penjimatan sehingga 50% kepada mereka melalui 10,000 produk mereka membeli belah di semua cawangan Lotus’s dan di platform Lotus’s Shop Online.

Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan daripada 30% untuk produk makanan asas dan barangan kembali ke sekolah di bawah tawaran Pakej RAHMAH, dan pada masa yang sama dapat membeli makanan di bawah Inisiatif Menu Rahmah iaitu yang berharga RM5 di semua medan selera Lotus.

Sokongan yang diperoleh dari Lotus’s Malaysia ini sebagai rakan strategiknya adalah satu petanda kejayaan yang berterusan bagi Inisiatif Payung RAHMAH.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


imagePUTRAJAYA, 14 MAC 2023, SELASA – YBhg Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN telah melakukan sesi Franchise Walkabout dan sekaligus melancarkan Majlis Pelancaran bagi Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2023 (FIM2023) anjuran bersama KPDN dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya.

Memulakan majlis pada hari ini, YBhg Datuk KSU telah beramah mesra bersama 7 jenama francais di IOI City Mall ini iaitu Seoul Garden, Oldtown White Coffee, Tealive, Asam Pedas Premier, JM Bariani dan akhirnya di outlet CheeseU.

Untuk pengetahuan, Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2023 (FIM2023) yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Persatuan Francais Malaysia (MFA) akan berlangsung pada 18 hingga 20 Mei 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan program ini menyediakan pendedahan dan peluang perniagaan kepada pengunjung yang berminat untuk menjadi usahawan francais.

Penganjuran FIM kali ke-30 ini disokong dan diiktiraf sepenuhnya oleh badan francais antarabangsa iaitu World Franchise Council (WFC), Asia Pacific Franchise Confederation (APFC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Sementara itu, program ini juga turut mendapat tajaan daripada pelbagai pihak termasuk daripada Perbadanan Nasional (Pernas), Ayam Penyet Bagus Sdn Bhd (Ayam Penyet Best), Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd (Oldtown White Coffee), PMA Rich (M) Sdn Bhd, Brickforest Sdn Bhd (Myeongdong Topokki) dan Korea Agro- Fisheries & Food Trade Corporation (Korea Agro).

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


imageKOTA KINABALU, 12 MAC 2023, AHAD- YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kosa Sara Hidup turut melakukan Jelajah Menu RAHMAH di Kota Kinabalu, Sabah sekaligus melancarkan Inisiatif Menu RAHMAH peringkat Kota Kinabalu di Restoran BTC Bistro Inanam.

Restoran ini menawarkan set makan tengah hari bagi Menu RAHMAH dan menu ini boleh dibeli pada setiap hari isnin hingga jumaat dari pukul 11.30 pagi sehingga 1.30 tengah hari pada harga RM5.00 per hidang.

Antara Menu RAHMAH yang ditawarkan di Restoran BTC Bistro Inanam adalah seperti berikut:

I. Hari Isnin-Nasi Putih, Ayam Masak Kicap, Sup Kosong dan Sayur Kubis Tumis;

II. Hari Selasa-Nasi Putih, Ikan Goreng Sambal, Sup Kosong dan Sayur Taugeh Tumis;

III. Hari Rabu-Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Sup Kosong dan Acar Timun Nenas;

IV. Hari Khamis-Nasi Putih, Ikan Masak Taucu, Sup Kosong dan Sayur Kacang Panjang dan;

V. Hari Jumaat-Nasi Putih, Ayam Masak Kari, Sup Kosong dan Sayur Kubis Tumis.

Berdasarkan maklumbalas daripada peniaga yang telah menyertai inisiatif ini, Menu RAHMAH telah dijadikan model perniagaan Daya Penarik Pelanggan (Crowd Puller) untuk menarik pelanggan ke premis mereka. Dengan itu pendapatan mereka dapat ditingkatkan melalui kuantiti jualan yang dapat menampung pengurangan margin dan pada masa yang sama turut bersama-sama dalam usaha kebajikan kepada mereka yang memerlukan.

Kerajaan sentiasa komited dalam membantu mempromosi premis yang menyediakan Menu RAHMAH. Sehubungan dengan itu, KPDN telah mewujudkan satu portal bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat lokasi premis menjual Menu RAHMAH yang berdekatan dan peniaga juga boleh mendaftar penyertaan mereka dengan melayari https://menurahmah.kpdn.gov.my.

Sehingga 12 Mac 2023, 105 premis makanan telah menyertai Inisiatif Menu RAHMAH di Sabah dan lebih dari 1,531 premis perniagaan telah mendaftar dalam melaksanakan Inisiatif Menu RAHMAH di seluruh negara.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


imageKUALA LUMPUR, 8 MAC 2023, RABU– McDonald’s Malaysia telah menyambut baik usaha murni Kerajaan dengan menyediakan Menu RAHMAH. Ianya telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di McDonald’s Mutiara Damansara, Selangor.

Pelancaran Menu RAHMAH McDonald’s hari ini sebagai usaha untuk menyediakan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menikmati hidangan McDonald’s dengan harga yang berpatutan, pada hanya RM5.

McDonald’s Malaysia menawarkan tiga pilihan Menu Rahmah berharga RM5 iaitu Burger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil), Bubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil) dan menu ketiga adalah McEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil). Menu Rahmah McDonald’s boleh didapati sepanjang hari di semua restoran McDonald’s di seluruh negara.

Sempena pelancaran Menu Rahmah, McDonald’s juga mengumumkan kemunculan semula menu yang sangat dinantikan ramai sempena bulan Ramadan, iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging, yang boleh didapati di semua restoran McDonald’s mulai hari ini.

Dalam majlis sama, McDonald’s turut menyantuni anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia di Kajang dengan hidangan Menu Rahmah, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat ini dalam menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive