Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap
KPDN PERKUKUH USAHA AGIHAN ROYALTI: GARIS PANDUAN PENGOPERASIAN CMO DIPERKEMAS BERMULA APRIL 2025

KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER 2024, KHAMIS - YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah hadir di Majlis Sentuhan Kasih Madani Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang melibatkan para penggiat seni yang terlibat dengan isu tunggakan bayaran royalti.

KPDN dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) komited dalam menangani isu-isu yang membelenggu penggiat seni termasuk penggiat muzik tempatan, pemunya dan pengguna karya hak cipta muzik dalam demi menjaga hak serta kebajikan penggiat seni dan pengguna.

Justeri pihak Kementerian akan terus memperkemaskan undang-undang hak cipta mengikut perkembangan semasa, membangunkan dasar-dasar untuk melindungi kepentingan pemilik, pencipta, pelaku dan pengguna dalam usaha memperkukuhkan ekosistem perlindungan harta intelek di Malaysia.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


COURTESY CALL BY CONSUMER PROTECTION AND TRADE ORDER MINISTRY OF TRADE OF REPUBLIK INDONESIA

image

PUTRAJAYA, 4 NOVEMBER 2024, ISNIN - KPDN telah menerima Kunjungan Hormat daripada Consumer Protection and Trade Order, Ministry of Trade of Republik Indonesia. Seramai 7 orang delegasi yang diketuai oleh Mr. Ronald Jenri Silalahi, Direktur Pemberdayaan Konsumen telah mengadakan pertemuan dengan wakil Kementerian yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Amran bin Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna dan Pengurusan).

Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk berkongsi pengetahuan berkenaan isu-isu perlindungan pengguna dan seterusnya membincangkan kerjasama yang boleh dijalinkan dalam bidang kepenggunaan antara Republik Indonesia dan Malaysia.

Antara yang dibincangkan adalah:

i.         Tanggungjawab dan peranan KPDN dalam melindungi pengguna di Malaysia;

ii.        Perundangan berkaitan perlindungan pengguna di Malaysia;

iii.       Landskap pengawalseliaan keselamatan barangan pengguna di Malaysia,

iv.       Pengurusan aduan pengguna dan pengurusan penyelesaian pertikaian alternatif isu pengguna;

v.       Advokasi dan pendidikan berkaitan kepenggunaan kepada rakyat Malaysia serta peranan persatuan pengguna dalam menjalankan program advokasi pengguna ; dan

vi.       Kerjasama interagensi antara Jabatan dan Kementerian lain dalam penyelesaian isu pengguna di Malaysia.

Republik Indonesia juga telah berkongsi berkenaan inisiatif perlindungan pengguna yang sedang ditambah baik di negara mereka antaranya adalah pengwujudan sistem penyelesaian pertikaian secara dalam talian (Online Dispute Resolution), pelaksanaan kajian Consumer Empowerment Index (CEI) di Republik Indonesia serta perlindungan pengguna dalam talian.

Kunjungan hormat ini diharap dapat mengukuhkan jalinan kerjasama dalam bidang kepenggunaan meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Indonesia.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


PELAKSANAAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN (SHMMP) DEEPAVALI 2024

KUALA LUMPUR, 24 OKTOBER 2024, KHAMIS - Menjelang sambutan perayaan Deepavali 2024 pada 31 Oktober 2023, YB Datuk Armizan bin Mohd Ali hari ini telah mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 yang akan berkuatkuasa pada 28 Oktober hingga 3 November ini bertempat di SAM’S GROCERIA SDN.BHD, NU Sentral, Kuala Lumpur .

Tempoh pelaksanaan selama tujuh hari iaitu 3 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 3 hari selepas perayaan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenal pasti sebanyak lapan jenis barangan yang dikawal di bawah skim ini. Barangan tersebut ialah:

 

1.Daging kambing biri-biri bertulang import

2.Tomato

3.Cili merah

4.Kelapa biji (Harga maksimum di peringkat borong sahaja)

5.Kelapa parut (Harga maksimum di peringkat runcit sahaja)

6.Bawang merah kecil (India) termasuk Ros;

7.Bawang merah besar import; dan

8.Kacang dal (Australia)

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


HARI KETIGA PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 SAYANGI SABAH

KOTA KINABALU, 20 OKTOBER 2024 – Hari Ketiga Program MADANI Rakyat Zon Sabah diteruskan dengan membawakan pelbagai program menarik buat pengunjung yang hadir. Antara program yang menghiasi pada hari ini  ialah Pertandingan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak, sesi Pocket Talk dan Kuiz Belanjawan 2025, Sabah Idol, dan juga Battle of The Band.

Selain itu, tidak ketinggalan pengisian-pengisian menarik berlangsung di pentas utama seperti Sesi Meet & Greet Didi and Friends yang menjanjikan tarikan terbaik buat kanak-kanak yang hadir. Di samping itu, Slot TikTok Shop, Bicara Usahawan , Sesi Kahoot KBBM, Sesi Buskers turut disajikan kepada semua pengunjung yang mahu mendapatkan informasi tambahan.

Seperti dua hari sebelumnya, reruai KPDN  masih ramai menerima kehadiran pengunjung untuk mendapatkan perkhidmatan Advokasi Kepenggunaan bagi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 1.0 dan 2.0 (Budi MADANI-MySubsidi Diesel) , Advokasi Portal dan  aplikasi Ihsan MADANI, Advokasi peranan dan Fungsi Penguatkuasaan.

 Turut mendapat sambuatan daripada pengunjung di reruai KPDN adalah pemeriksaan alat ketulenan emas, Inisiatif payung RAHMAH MADANI, Advokasi Kempen Beli Barangan malaysia dan penandaan logo barangan malaysia, Aplikasi Mudah Alih PriceCatcher, Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak  (eCOSS), Inisiatif pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI), Sistem Ejen pemilikan Semula (MyEPS), Advokasi Foodbank Malaysia, Advokasi jualan Langsung, Advokasi gerakan kepenggunaan, Advokasi standard keselamatan barangan pengguna serta Advokasi perkhidmatan oleh Tribunal Tuntutan Malaysia (TTPM) turut menjadi pilihan para pengunjung untuk mendapatkan maklumat.

Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) semestinya tidak sunyi kerana masih menerima pengunjung pada saat akhir sehingga jam 6 petang yang tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan diskaun berbaloi 10%-30% bagi yang mendapatkan barangan keperluan harian.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive