Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap
LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI PDN KE SANDAKAN, KINABATANGAN DAN BELURAN, SABAH

KINABATANGAN, 28 JULAI 2024, AHAD - YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyempurnakan majlis perasmian stesen minyak Petronas di Bukit Garam, Kinabatangan, Sabah sempena lawatan kerja rasmi beliau di Negeri Sabah.

Dalam ucaptamanya, beliau turut menyatakan KPDN sentiasa memberi sepenuhnya komitmen dalam memerangi penyelewengan barang kawalan bersubsidi di Sabah dan Sarawak. Fokus utama diberikan kepada bahan api diesel dan RON95.

Dalam majlis lain, YB Menteri turut hadir di Program Sentuhan Kasih - Hari Bertemu Masyarakat & Kempen Kibar Jalur Gemilang bersama masyarakat penduduk Dun N.58 Lamag bertempat Dewan Sri Lamag. YB Menetri juga telah meluangkan masa dengan turun padang bagi melakukan sesi walkabout dan happy hour di Program Jualan RAHMAH MADANI yang menjadi salah satu aktiviti tarikan buat pengunjung yang hadir di program tersebut.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


PROGRAM 10K LANGKAH CERIA@KPDN

PUTRAJAYA, 24 Julai 2024, RABU – YBhg. Dato’ Zakaria bin Shaaban, Timbalan Ketua Setiausaha KPDN telah merasmikan Program 10K Langkah Ceria @KPDN 2024 sempena pelaksanaan agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Program 10K Langkah Ceria @KPDN ini merupakan siri kedua yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat pengurusan dan Kewangan (BKPK) pada bulan Julai ini.  Seramai 175 orang anggota KPDN daripada pelbagai bahagian telah menyertai program yang bermula di Anjung Seri KPDN melalui Taman Wawasan Putrajaya sejauh tiga kilometer ini.

Antara empat teras kerangka ANMS ini ialah untuk memantapkan pembudayaan hidup sihat, memantapkan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan, memperkasa kawalan kesihatan kendiri dan memantapkan kebersihan persekitaran.

Program riadah ini berakhir dengan sesi cabutan bertuah yang berjaya mendapat sambutan peserta yang hadir.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


KPDN LAKSANA HARI TERBUKA SKDS DAN PRA-PELANCARAN IHSAN CASHBACK & i-MESRA SEMPENA JELAJAH KARNIVAL KPDN ZON TENGAH 2024

IPOH, 14 JULAI 2024, AHAD –  Program Jelajah Karnival KPDN Zon Tengah dan Festival Pengguna Tahun 2024 telah melabuhkan tirainya pada 14 Julai 2024 bertempat di Stadium Indera Mulia Ipoh Perak.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Melalui ucaptamanya, beliau berharap agar Karnival ini mencapai objektifnya dalam merakyatkan fungsi dan peranan KPDN serta meningkatkan pemahaman rakyat khususnya warga Zon Tengah tentang perkhidmatan dan inisiatif Kerajaan serta memperkasakan pendayaupayaan pengguna terutamanya dalam kalangan pelajar melalui program Festival Pengguna.  

Selain itu, Hari Terbuka SKDS diperluas melalui reruai SKDS di setiap lokasi Jelajah Karnival KPDN sebagai usaha mempromosi dan menyediakan ruang kepada syarikat-syarikat untuk mengemukakan sebarang pertanyaan dan sekali gus membuat permohonan.

Pra-Pelancaran dua inisiatif terkini sektor swasta di bawah inisiatif Ihsan Rahmah Madani (IRM), iaitu program Ihsan Cashback dan i-Mesra juga diadakan pada hari ini. Program-program ini direka khas untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan daya saing peniaga tempatan.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


SAMBUTAN PROGRAM HARI ICT KPDN 2024

Majlis Perasmian Program Hari ICT KPDN Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Mohd sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup pada 23 Julai 2024 bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan kos Sara Hidup, Putrajaya.

Hari ICT KPDN ini merupakan inisiatif di bawah KPDN di bawah Projek Pemantapan dan Pengukuhan Keselamatan ICT oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPDN dengan kerjasama strategik syarikat HeiTech Padu Berhad. Objektif pelaksanaannya bertujuan untuk menekankan kolaborasi, ketelusan, dan sokongan berterusan kepada pekerja, organisasi boleh mengintegrasikan Al ke dalam pasukan kerja mereka secara berkesan sambil memaksimumkan manfaatnya.

Turut berlangsung adalah Tech Talk, Forum, Sesi Quiz Kahoot serta reruai daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Para pengunjung turut menaambil kesempatan mengunjungi reruai MyDigital ID untuk membuat pendaftaran.


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive