anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home News Uncategorised
  1. Disediakan secara khas untuk segmen perlindungan diri dan harta benda melalui perkhidmatan takaful.

  2. Tawaran pakej perkhidmatan insurans disediakan oleh syarikat perkhidmatan takaful yang berdaftar dan dilesenkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), dengan menawarkan perlindungan diri dan harta benda secara minimum melalui harga langganan bulanan (premium) yang jauh lebih rendah berbanding pakej takaful sedia ada, tertakluk kepada penawaran pelan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

  1. Disediakan secara khas untuk segmen perlindungan diri dan harta benda melalui perkhidmatan insurans.

  2. Tawaran pakej perkhidmatan insurans disediakan oleh syarikat perkhidmatan insurans yang berdaftar dan dilesenkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), dengan menawarkan perlindungan diri dan harta benda secara minimum melalui harga langganan bulanan (premium) yang jauh lebih rendah berbanding pakej insurans sedia ada, tertakluk kepada penawaran pelan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

PENGENALAN

  • Program Jualan RAHMAH (PJR) adalah sebuah program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian sehingga 30% lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat.
  • PJR merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah inisiatif Payung RAHMAH.
  • Program Jualan RAHMAH (PJR) merupakan program jualan murah sepanjang tahun 2023 oleh pasaraya besar dan pasaraya. KPDN menyasarkan potongan harga barang sebanyak 10% - 30% dengan keutamaan di lokasi-lokasi rakyat berpendapatan rendah. JR ini dilaksanakan di setiap 222 kawasan parlimen di seluruh negara.
  • Program Jualan RAHMAH ini telah dilancarkan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Mantan YB Menteri KPDN pada 11 Januari 2023.
  • Antara barang-barang keperluan harian yang diberikan diskaun adalah ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula putih bertapis, minyak masak botol, tepung gandum, beras, sayur-sayuran/buah-buahan, barangan penjagaan diri, barangan pembersihan rumah, lampin pakai buang, barangan keperluan sekolah, ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan harian seperti makanan dan bukan makanan.

OBJEKTIF

  • Objektif utama PJR diadakan adalah untuk menawarkan barangan keperluan harian kepada masyarakat setempat pada harga yang mampu dimiliki.
  • PJR bertujuan merancakkan ekonomi sektor peruncitan kawasan setempat di samping membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
  • Program ini juga dapat membantu menghidupkan kembali ekonomi seluruh anggota masyarakat setelah berhadapan dengan pandemik pada dua tahun yang lepas sekaligus dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat dalam situasi yang mencabar.

KUMPULAN SASAR PROGRAM

  • Dilaksanakan di 222 kawasan Parlimen (meliputi 640 Dewan Undangan Negeri – DUN [600 DUN dan 40 zon bagi Negeri Wilayah Persekutuan]) untuk pelaksanaan Jualan RAHMAH di premis perniagaan terpilih di seluruh negara;
  • Kawasan penempatan atau tumpuan B40 untuk pelaksanaan Jualan RAHMAH secara bergerak dan fizikal di seluruh negara; dan
  • Pihak Kerajaan melalui Kementerian telah memperkenalkan Jualan RAHMAH secara ‘Mobile’ (bergerak) agar inisiatif Kerajaan ini akan sampai dan dirasai disegenap pelusuk negara. Program ini menggunakan kaedah lori pickup, van atau sebagainya yang akan bergerak hingga ke kampung-kampung dan Kawasan-kawasan pedalaman.

KONSEP DAN MODEL PELAKSANAAN PROGRAM

Program ini dilaksanakan melalui kolaborasi bersama pemain industri sektor peruncitan seperti pasaraya dan hypermarket di lokasi-lokasi terpilih di setiap kawasan Parlimen semasa tempoh kempen dijalankan.

Terdapat 3 model pelaksanaan PJR ini, antaranya:
 

MODEL

PELAKSANAAN

1.  Model Pelaksanaan Di Dalam Premis

  • Model sedia ada oleh premis / pasaraya.
  • Menggunakan jenama dan logo Jualan RAHMAH.
  • Pelaksanaan berdasarkan inisiatif premis / pasaraya sendiri.
  • Kadar diskaun yang diberikan tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan antara Premis dan Kerajaan.

2. Model Pelaksanaan Di Kawasan Terbuka / Luar Premis

  • Salah satu pilihan model pelaksanaan tetapi bukan keutamaan.
  • Hanya dilaksanakan berdasarkan keperluan tertentu / khas sahaja.
  • Meminimakan kos-kos berkaitan logistik, pengangkutan dan lain-lain yang berkaitan.

3. Model Pelaksanaan Secara Bergerak

  • Secara bergerak dengan menggunakan lori / trak yang bersesuaian yang membawa barangan keperluan harian terpilih ke kawasan berkenaan.
  • Dilaksanakan di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan premis peruncitan yang sesuai bagi melaksanakan Jualan RAHMAH.
 
SEKRETARIAT JUALAN RAHMAH

Sebarang maklumat lanjut berhubung Program Jualan RAHMAH sila hubungi:

Bahagian Pembangunan Perniagaan
Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup

Tel    : 03-8882 6323/ 6971/ 5790/ 6185/ 6487/ 5769

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  1. Definisi –
  • Pakej yang melibatkan sekurang-kurangnya 3 item dalam satu pakej dengan potongan harga antara 10% hingga 30%.
  • Inisiatif ini juga dipanjangkan untuk semua produk lain yang selain sektor peruncitan seperti pelancongan, perhotelan, hospitaliti, fisioterapi, sukan dan kecergasan, perubatan, kesihatan, pendidikan, kecantikan dan sebagainya, tertakluk kepada pelan operasi perniagaan masing-masing.
  1. Pelaksanaan Pakej RAHMAH telah melibatkan 9 rakan strategik sehingga 31 Disember 2023 iaitu:

Tamu Hotel and Suites Kuala Lumpur

Fisioterapi BeVital

Farmasi Al-Syifaa

Courts Malaysia

Metro Optical Group

Allianz General Insurance

Etiqa Insurance (Insurans & Takaful)

iTTV Education Sdn Bhd

airasia Superapp

  1. Definisi: –

  • Inisiatif yang menyasarkan sumbangan berbentuk bakul makanan yang terdiri daripada barangan keperluan harian (barangan kering) seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum, susu pekat, mihun dan telur ayam.
  • Disumbangkan oleh rakan strategik kepada kumpulan sasar pada setiap bulan melalui program Tanggungjawab Soslal Korporat (CSR).
  1. Pelaksanaan inisiatif ini melibatkan kerjasama 12 rakan strategik dan tidak melibatkan sebarang peruntukan oleh Kerajaan. Antara rakan strategik Bakul RAHMAH MADANI adalah:

Yayasan Global Mesra

Yayasan Al-Manjie

Yayasan Rahmah Malaysia

Petronas

99 Speedmart Sdn Bhd

Lazada

Grab Malaysia

TF Value

Giant Hypermarket

Mydin

AEON Big

KK Mart