- Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).
- Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima di bawah bidang kuasa Kementerian untuk menyelesaikannya.
Pengguna sering ditipu menerusi:
- Penipuan Perkhidmatan
- Penipuan Harga
- Penipuan Transaksi Internet
- Jualan Bahan Petroleum
- Tiada Tanda Harga
- Bengkel Kenderaan Bermotor
- Penipuan Gores Dan Menang
- Penipuan Perjanjian Sewa Beli
- Penyelewengan Jualan Lansung
Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDN melalui:
- Talian bebas tol (1-800-886-800)
- Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdn.gov.my