anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Soalan Lazim Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana

1. Bagaimana proses pendaftaran PMKS dengan KPDN?

Pendaftaran PMKS ini boleh dibuat secara atas talian melalui Portal Kempen Beli Barangan Malaysia di https://buymalaysian.com.my . Permohanan perlu disertakan sekali dengan profil serta salinan sijil SSM dan sijil-sijil lain yang berkaitan seperti MESTI/GMP/HACCP/Buatan Malaysia (jika ada) serta muat naik gambar setiap Stock Keeping Unit (SKU) produk keluaran syarikat berkenaan.

2. Berapa lama proses pendaftaran?

Lawatan ke kilang/syarikat akan dibuat dalam tempoh (dua) 2 minggu (tertakluk kepada kelapangan pegawai kedua-dua pihak – Kementerian dan syarikat yang mendaftar) dan slip pendaftaran akan diberikan selepas tujuh (7) hari lawatan dibuat sekiranya syarikat didapati memenuhi kriteria syarikat PMKS tempatan. Pemilik syarikat juga diwajibkan menghadiri program seminar yang dianjurkan oleh KPDN berkenaan pengenalan kepada insentif atau geran yang ditawarkan oleh KPDN kepada usahawan tempatan iaitu “Let’s Get Started”.

3. Adakah bayaran dikenakan?

Tiada sebarang bayaran dikenakan ke atas pendaftaran PMKS.

4. Apakah definisi PMKS bagi pendaftaran dengan KPDN?

Definisi PMKS yang digunakan di KPDN adalah seperti berikut:

5. Apa kelebihan yang diperolehi daripada pendaftaran ini?

Keutamaan diberikan kepada PMKS yang berdaftar untuk menyertai program promosi yang dianjurkan oleh KPDN seperti Program Citarasa Malaysia (PCM), Program Food Sampling, Program Padanan Perniagaan, Promosi Produk melalui Portal Kempen Beli Barangan Malaysian dan penyertaan dalam Pavilion KPDN di karnival-karnival keusahawanan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran sebagai PMKS KPDN boleh diajukan kepada:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Perniagaan, Aras 5 (Menara),
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN ),
No. 13, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.

Tel : 03-8882 6324 / 6160 / 5769 / 5776.
Faks : 03-8882 5826