1. Apakah cara bagi meningkatkan kesedaran kepenggunaan?
Bagi meningkatkan kesedaran kepenggunaan, setiap pengguna mestilah sentiasa:
- Sedar tindakannya terhadap diri, orang lain dan masyarakat
- Mengubah tanggapan negatif kepada positif
- Memastikan kelakuan pembelian menyumbang ke arah keadilan, kesaksamaan dan kesamarataan model ekonomi dan sosial yang berpusat dan mampan
- Bekerjasama dan menyumbang dalam pergerakan pengguna
- Peka dan prihatin tentang isu-isu kepenggunaan yang wujud
- Melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan
- Tahu hak dan tanggungjawab pengguna
2. Apakah hak-hak pengguna?
- Hak untuk mendapat keperluan asas
- Hak untuk membuat pilihan
- Hak untuk mendapatkan maklumat
- Hak untuk mendapat ganti rugi
- Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
- Hak untuk menyuarakan pendapat
- Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
- Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
3. Apakah perkara yang perlu diteliti oleh seorang pengguna semasa membeli sesuatu barang?
- Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pembuat/pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model atau stok, tanda perniagaan dan negara asal.
- Tarikh luput, tarikh pembuat/pengilang
- Nama sebutan sebenar barangan yang dijual
- Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang mengikut unit metrik.
- Penerangan kandungan umum termasuk maklumat, keupayaan, panduan untuk kegunaannya dan batasannya
- Penerangan kandungan khusus seperti senarai dan nisbah bahan-bahan kandungan, khasiat bahan-bahan kandungan
- Kualiti atau kadar keupayaan misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya yang menunjukkan memenuhi standard SIRIM dan sebagainya.
- Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa. Maklumat seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu misalnya kayak-kanak.
4. Bagaimana menjadi pengguna yang bijak?
Terdapat empat teras untuk menjadi pengguna bijak:
- Membeli barangan berkualiti
- Membuat perbandingan harga
- Memilih perkhidmatan terbaik
- Membuat pilihan yang tepat
5. Jika harga barangan tinggi, tidak berkualiti. Apakah tindakan yang perlu dilakukan?
Pengguna boleh merujuk kepada KPDN melalui:
- Talian aduan pengguna (bebas tol)
1 – 800 – 886 – 800
- Layari portal rasmi e-aduan KPDN https://e-aduan.kpdn.gov.my/ untuk membuat aduan
- Whatsapp kepada KPDN di talian 019-279 4317
- Emel aduan KPDN Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Hadir sendiri ke pejabat KPDN yang berdekatan
- Surat rasmi ke pejabat KPDN berdekatan
6. Pada kebiasaan, dalam apa cara seseorang pengguna ditipu?
- Penipuan harga termasuk harga barang tinggi
- Tanda halal palsu
- Penipuan alat timbang dan sukat
- Skim cepat kaya
- Gores dan menang
- Ubat-ubatan tiruan
- Barang tiruan
- Tiada tanda harga
- Jualan langsung
- Penipuan perjanjian sewa beli