anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Kepenggunaan Hak Pengguna Pendidikan Kepenggunaan Program Pendidikan dan Kesedaran Pengguna

Gerakan Pengguna Siswa (GPS)

gps

GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)

Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Pengguna Institusi Pengajian Tinggi merupakan suatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar IPT yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama dalam hal-hal kepenggunaan. 

Kelab Pengguna Sekolah

kelab

KELAB PENGGUNA SEKOLAH

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) sejak tahun 1992 yang berfungsi sebagai nadi penggerak pendidikan kepenggunaan di peringkat sekolah menengah. Penglibatkan pelajar sekolah telah dilaksanakan dengan fokus kepada 3 aspek utama yang praktikal dan mudah diaplikasikan iaitu: Perbelanjaan berhemah Pemakanan seimbang Pemeliharaan alam sekitar Antara program yang dijalankan ialah ceramah kepenggunaan, pameran kepenggunaan, demonstrasi kepenggunaan, lawatan sambil belajar, latihan jurulatih kepenggunaan, projek kitar semula, kem KPS, pertandingan sudut pengguna serta Cabaran Interaktif Kelab Pengguna Sekolah (CIPKPS).