PENDAHULUAN
Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPK) dipengerusikan oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan dianggotai oleh semua Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri (GPN) yang terdiri daripada Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri dan Pengerusi Bersama yang terdiri daripada wakil persatuan pengguna yang dilantik oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
KEAHLIAN MAJLIS
Ahli-ahli MGPK adalah terdiri daripada:-
- YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup – Pengerusi
- YB Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup
- YBhg Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup
- Pengerusi-pengerusi Gerakan Pengguna Negeri
- Pengerusi-pengerusi Bersama Gerakan Pengguna Negeri
OBJEKTIF
Objektif MGPK ialah untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan, menyelaras pelaksanaan program dan aktiviti kepenggunaan di peringkat negeri dan daerah serta berperanan sebagai badan perantaraaan (liason) di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri dalam bidang kepenggunaan.
FUNGSI MAJLIS
- Membincangkan isu kepenggunaan dan mengemukakan cadangan-cadangan untuk keputusan dasar;
- Membincang isu dan mengemukakan cadangan untuk tujuan menambahbaik undang-undang atau memperkenalkan peraturan kepenggunaan baru;
- Membincang pelaksanaan program-program dan aktiviti-aktiviti kepenggunaan di peringkat negeri dan daerah;
- Membawa untuk perhatian Kerajaan Negeri isu-isu kepenggunaan yang memerlukan keputusan Kerajaan Negeri.
PERLANTIKAN PENGERUSI BERSAMA GERAKAN PENGGUNA KEBANGSAAN
2015-2016
URUS SETIA
Bahagian Gerakan Kepenggunaan
Tingkat 4, Podium 1
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
62623 Putrajaya
Tel: 03-88825885
Faks: 03-88825983