Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN)
- Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) adalah sebuah badan yang ditubuhkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999
- Objektif utama Majlis ini adalah membincang dan menimbangkan isu-isu kepenggunaan terutamanya perkara-perkara yang termaktub di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan memberi nasihat kepada YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengenainya.
- Menurut Seksyen 73, Akta Perlindungan Pengguna 1999, YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup boleh menubuhkan Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) untuk menasihati beliau mengenai perkara-perkara berikut:
- Berkenaan dengan isu-isu pengguna dan pelaksanaan Akta ini
- Penggalakan perlindungan pengguna dan kesedaran hal ehwal pengguna
- Apa-apa perkara lain yang boleh dirujukkan kepadanya oleh YB Menteri untuk pelaksanaan wajar dan berkesan Akta ini dan bagi perlindungan pengguna
- Mengikut peruntukan Seksyen 74, APP 1999, keanggotaan MPPN adalah terdiri daripada Ketua Setiausaha KPDN atau wakilnya, 16 orang ahli lain yang mewakili kepentingan pengguna, pengilang, pembekal, pertubuhan bukan kerajaan dan anggota akademik. Tempoh pelantikan tidak melebihi dua (2) tahun dan boleh dilantik semula selepas tamat tempoh jawatannya.
- MPPN bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun dan mesyuaratnya boleh diadakan di luar Kuala Lumpur dengan persetujuan KPDN.
Anggota Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) 2023-2024
BIL. |
NAMA |
ORGANISASI |
SEKTOR |
JAWATAN DALAM MPPN |
1. |
YBrs.Tuan Haji Mohd Azmi bin Abdul Hamid |
Presiden, Majlis Perundingan Persatuan Islam Malaysia (MAPIM) |
NGO Pengguna |
Pengerusi |
2. |
YBrs. Puan Raiyan binti Abdul Rahim |
Associate Director, |
Industri |
Timbalan Pengerusi |
3. |
YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof |
Ketua Setiausaha, KPDN |
Kerajaan |
Ahli |
4. |
YBrs. Encik Guna Selan a/l A.S. Marian |
Timbalan Setiausaha Agung, Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna Malaysia (ERA CONSUMER Malaysia). |
NGO Pengguna |
Ahli |
5. |
YBrs. Puan Chee Yoke Ling |
Penasihat, |
NGO Pengguna |
Ahli |
6. |
YBrs. Encik Darshan Singh Kashmir Singh |
Presiden , Persatuan Pergerakan |
NGO Pengguna |
Ahli |
7. |
YBrs. Puan Hashima binti Hasbullbah |
Setiausaha, |
NGO Pengguna |
Ahli |
8. |
YBrs. Prof. Asan Ali Golam Hassan |
Profesor Universiti Teknologi Malaysia - Azman Hashim International Business School (UTM-AHIBS) |
Akademik |
Ahli |
9. |
YBrs. Prof. Madya Dr. Doris Padmini a/p S.Selvaratnam |
Profesor |
Akademik |
Ahli |
10. |
YBrs. Dr. Aneesha binti Hamid |
Ketua Jabatan |
Akademik |
Ahli |
11. |
YBhg. Datuk Ahmad Zaini bin Kamaruzzaman |
Pengarang Urusan |
Media |
Ahli |
12. |
YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Rosli |
Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
|
NGO Pengguna |
Ahli |
13. |
YBrs. Tuan Haji Fadzil bin Othman |
Penggerak Komuniti, Parlimen Bakri. |
NGO Pengguna |
Ahli |
14. |
YBrs. Encik Azmi bin Misnin |
Penggerak Komuniti, Parlimen Pulai. |
NGO Pengguna |
Ahli |
15. |
YBrs. Puan Raudzah binti Ahmad |
Pengerusi, |
NGO Pengguna |
Ahli |
16. |
YBhg. Datuk Loo Yeng Peng |
Ahli perniagaan, |
Industri |
Ahli |
17. |
YBrs. Encik Ridhuan bin Esa |
Ahli Jawatankuasa, |
Industri |
Ahli |
Urusetia Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN)
Bahagian Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan
Aras 4 (Menara), No 13,
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.
Tel :03-8882 6556
Fax :03-8882 6860