-
Kategori Pemohon
- Tuan punya kandungan; atau.
- Mana-mana orang yang diberi kebenaran secara bertulis oleh tuan punya kandungan.
-
Cara Memohon
- Permohonan perlu dibuat dengan menggunakan Borang ODL-1. Borang adalah PERCUMA dan boleh diperolehi dari:-
- Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, No 13, Aras 3, Persiaran Perdana, Presint 2, 62623 Putrajaya; atau
- Pejabat-pejabat PDNHEP negeri dan daerah di seluruh negara; atau
- Muat turun dari laman sesawang www.kpdnhep.gov.my
- Setiap permohonan perlu disertakan dengan dokumen sokongan berikut:-
- Akuan berkanun diperakui oleh hakim, majistret atau Pesuruhjaya Sumpah;
- Dokumen pemilikan hak yang berkaitan seperti surat kebenaran atau perjanjian. Salinan perlu diakui sah oleh hakim, majistret atau pesuruhjaya sumpah;
- Bukti penempahan atau pembelian cakera optik mengandungi tajuk yang dipohon;
- Contoh pembalut; dan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan:-
- Salinan sijil pendaftaran perniagaan atau syarikat atau persatuan
- Salinan kad pengenalan bagi permohonan individu
- Kelulusan Kementerian Dalam Negeri seperti perakuan A bagi filem, kelulusan tapisan Al-Quran dan mematuhi Garis Panduan yang dikeluarkan
- Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Putrajaya atau ke Pejabat PDNHEP di negeri dan daerah.
- Permohonan perlu dibuat dengan menggunakan Borang ODL-1. Borang adalah PERCUMA dan boleh diperolehi dari:-
-
Penyelenggaraan Rekod
Tiap-tiap orang yang diberikan kelulusan untuk mendapatkan label cakera optik hendaklah menyimpan dan menyelenggara sesuatu rekod yang sewajarnya tentang penggunaan label cakera optik dan maklumat lain dalam Borang ODL-3 dalam Jadual Keempat dan rekod itu hendaklah:- Tuan punya kandungan; atau.
- Mana-mana orang yang diberi kebenaran secara bertulis oleh tuan punya kandungan.
-
Kelulusan
- Permohonan yang lengkap akan diproses dan diluluskan dalam masa 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan
- Pengawal boleh meluluskan atau menolak permohonan untuk mendapatkan label cakera optik
- Dalam memberikan kelulusan, Pengawal boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan perlu
-
Bayaran
- Harga Label Cakera Optik adalah RM 0.163 se unit.
- Pembayaran boleh dibuat atas nama Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam bentuk :
- Bank Draf
- Kiriman Wang
- Wang Pos
-
Waktu Urusniaga
HARI PENGHANTARAN PERMOHONAN PENGELUARAN DAN PEMBAYARAN ISNIN –KHAMIS 7.30 a.m– 5.30 p.m 8.00 a.m– 1.00 p.m 2.00 p.m – 4.30 p.m JUMAAT 7.30 a.m– 5.30 p.m 8.00 a.m– 12.15p.m 2.45 p.m– 4.30 p.m
Hubungi Kami :
Bahagian Penguatkuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Putrajaya
Telefon : 03-88826157 / 03 – 88826279
Faksimili : 03-88826307
E mel : lco[at]kpdnhep.gov.my