anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Perdagangan Penguatkuasaan Penguatkuasaan Timbang dan Sukat

Akta Timbang dan Sukat 1972

Objektif akta untuk mengawal selia timbang dan alat timbang dan sukat bagi tujuan di bawah:

  • Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan mematuhi dan mendapat kelulusan reka bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Penyimpan Timbang dan Sukat;
  • Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan menggunakan Unit Sistem Antarabangsa (SI);
  • Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan ditentusahkan dan ditentusahkan semula;
  • Mengawal selia pemegang lesen yang dilesenkan bagi kategori pembuat, pembaik dan penjual alat-alat timbang dan sukat; dan
  • Mengawal selia syarikat berlesen di bawah akta untuk menjalankan perkhidmatan penentusahan dan penentusahan semula timbang dan sukat dan alat-alat timbang dan sukat.