anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Perdagangan Perniagaan Logo Barangan Malaysia Pengenalan

PENGENALAN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertanggungjawab untuk memproses dan mengeluarkan sijil Kelulusan Penandaan Logo Barangan Malaysia kepada entiti perniagaan setelah memenuhi keperluan yang ditetapkan.

LATAR BELAKANG

KPDN telah melaksanakan panarafan barangan keluaran tempatan melalui Penandaan Logo Barangan Malaysia sejak tahun 1997 bagi memberi pengiktirafan kepada pengilang dan pengeluar produk tempatan serta memartabatkan produk/barangan keluaran Malaysia. Melalui inisiatif ini, pengguna dapat mengenalpasti keluaran barangan tempatan dalam melakukan pembelian di samping menanam semangat patriotism dalam kalangan rakyat Malaysia. Inisiatif ini secara tidak langsung menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan sekaligus dapat membantu mempromosikan barangan keluaran tempatan untuk tujuan pasaran di dalam dan luar negara serta merancakkan ekonomi dan pembangunan industri tempatan.

KATEGORI LOGO

image

  Produk Malaysia

  • Barangan yang dihasilkan melalui aktiviti pengilangan/pemprosesan di Malaysia dan mengandungi minimum 40% bahan mentah tempatan.

image

 Buatan Malaysia

  • Barangan yang dihasilkan melalui aktiviti pengilangan/pemprosesan di Malaysia serta melibatkan elemen transformasi/perubahan ketara (substantial transformation) pada bahan mentah yang digunakan tanpa mengambil kira peratusan bahan mentah tempatan.

RASIONAL LOGO

Pengiktirafan yang berterusan adalah pemangkin kepada keupayaan penghasilan barangan yang berdaya saing di pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Dengan konsep “be the best among the best”, logo ini diharap dapat menjadi pendorong ke arah usaha yang lebih gigih dalam menghasilkan barangan keluaran Malaysia.

  • Reka bentuk

Logo yang dihasilkan menitik beratkan usaha dan pengiktirafan yang berterusan yang menjadi sumber inspirasi masyarakat pengeluar barangan keluaran Malaysia melalui industri kecil, sederhana dan juga besar yang dilambangkan dengan tiga jaluran utama.

  • Warna

Pemilihan warna adalah berdasarkan kepada warna asas Jalur Gemilang yang melambangkan keharmonian, berdaya saing dan berjiwa besar rakyat Malaysia.

  • Perkataan PRODUK MALAYSIA dan BUATAN MALAYSIA dipilih dari jenis Helvetica Regular bagi menunjukkan pendirian dan pengukuhan masyarakat Malaysia.

Syarat–Syarat Permohonan Logo Barangan Malaysia

image

 PANDUAN LOGO

PENANDAAN LOGO BARANGAN MALAYSIA TANPA KELULUSAN

Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730]
Seksyen 16

(1) Tiada seorang pun yang boleh membuat apa-apa representasi palsu dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bahawa apa-apa barang-barang atau perkhidmatan yang dibekalkan olehnya atau apa-apa kaedah yang digunakan olehnya ialah barang-barang atau perkhidmatan yang dibekalkan kepada atau diluluskan oleh mana-mana orang termasuk mana-mana kerajaan atau jabatan atau agensi kerajaan atau mana-mana badan atau agensi antarabangsa sama ada di Malaysia atau luar negeri.

(2) Subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa tanpa menjejaskan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang melarang atau menyekat penggunaan apa-apa nama, lambang, insignia, meterai, bendera, panji-panji, gelaran, jata, tanda, perkataan atau huruf atau apa-apa bentuk perihalan yang lain dalam perjalanan perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profesion.

 Penandaan Logo Barangan Malaysia Tanpa Kelulusan

 Syarikat

  1. Denda tidak melebihi RM 500,000.00 bagi kesalahan pertama.
  2. Denda tidak melebihi RM 1,000,000.00 bagi kesalahan kedua.

 Individu

  1. Denda tidak melebihi RM 250,000.00 bagi kesalahan pertama @ penjara tidak melebihi 3 tahun @ kedua-duanya sekali.
  2. Denda tidak melebihi RM 500,000.00 bagi kesalahan kedua @ penjara tidak melebihi 5 tahun @ kedua-duanya sekali.

TEMPOH PERMOHONAN

Surat kelulusan Penandaan Logo Barangan Malaysia dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja.

YURAN/ FI PERMOHONAN 

Tiada sebarang yuran/ fi permohonan yang dikenakan kepada permohonan penandaan Logo Barangan Malaysia.

TEMPOH SAH KELULUSAN

Tempoh sah pemakaian Logo Barangan Malaysia adalah selama 3 tahun. Kelulusan yang telah tamat tempoh perlulah mengemukakan permohonan baru

 TATACARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang  buymalaysian.com.my

Sebarang maklumat lanjut berhubung Logo Barangan Malaysia sila hubungi :

Pengarah
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Aras 5 (Menara), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup (KPDN),
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia

Tel : 03 – 8882 5776 / 5769 / 6487 / 6160
Faks : 03 – 8882 5826
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.