anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2019 KPDNHEP Kenang Jasa Datuk Seri Jamil

 

 

KEPELBAGAIAN KEMAHIRAN PERLU JADI BUDAYA

 

 

PUTRAJAYA, 9 JANUARI 2019 –  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan sentiasa hargai dan kenang sumbangan dan jasa baik Ketua Setiausaha ke-12, Datuk Seri Jamil Salleh dalam menaikkan imej dan nama baik kementerian ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kredibiliti serta komitmen Datuk Seri Jamil terserlah dan menguatkan keyakinannya terhadap pasukan kerja yang ada di KPDNHEP untuk bersama-sama beliau dalam menunaikan tanggungjawab terhadap negara dan rakyat.

“Kenyataan saya pada sidang media pertama saya sewaktu diangkat menjadi Menteri di kementerian ini pada Julai tahun lalu dengan menyatakan saya tidak perlu membentuk atau menubuh sebuah Jawatankuasa untuk memperkemaskan urus tadbir di kementerian ini adalah tepat kerana saya sudah dapat merasakan bahawa saya sudah pun mempunyai sebuah pasukan kerja yang mantap”, ujarnya pada Malam Sanjungan Budi sempena persaraan Datuk Seri Jamil Salleh di Dewan Seri Siantan di sini, malam tadi.

Katanya, telahan saya ini terbukti dan menjadi realiti apabila Datuk Seri Jamil adalah insan penting dalam melakar nama KPDNHEP di peta kejayaan dalam perkhidmatan awam di negara ini.

Kira-kira 500 pegawai hadir di majlis ini. Turut sama, Timbalan Menteri, Tuan Chong Chien Jen, Ketua Setiausaha, Datuk Seri Jamil Salleh, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha dan pegawai-pegawai kanan Ibu pejabat dan negeri.

Datuk Seri Jamil Salleh memulakan kerjaya pada 1983 sebagai Pegawai Belia di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sebelum memasuki skim Pegawai tadbir dan Diplomatik. Dengan pengalaman berkhidmat selama 36 tahun, Datuk Seri Jamil mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik dalam pengurusan kewangan dan pembangunan.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini dinaikkan pangkat ke Gred Utama A dan menjadi Ketua Setiausaha di kementerian yang sama sebelum ditukarka menjadi Ketua Setiausaha KPDNHEP pada Mac 2016.

Datuk Seri Jamil telah membawa banyak perubahan dan kemajuan terutamanya yang melibatkan struktur pengurusan dan kebajikan warga kerja di kementerian ini. Jasanya memperkasakan pegawai-pegawai penguat kuasa dengan membuka lebih banyak peluang kenaikan pangkat dan skim hadiah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti menyuntik semangat pegawai-pegawai penguat kuasa itu untuk memajukan diri dalam kerjaya masing-masing.

Banyak lagi perancangan yang akan dilaksanakan secara berperingkat dalam semua peringkat pengurusan di samping memperkasakan sistem penyampaian di kementerian ini walaupun kelibat Datuk Seri Jamil tiada lagi di dalam pasukan hebat ini.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP