PENGENALAN
Program Food Bank Malaysia (PFBM) telah diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif peduli rakyat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan makanan yang mana secara tidak langsung dapat meringankan kos sara hidup golongan tersebut. Program ini juga selari dengan matlamat United Nations Sustainable Development Goals (SDG) 12.3, iaitu mencapai pengurangan setengah daripada lebihan makanan (Food Waste) keseluruhan yang dikeluarkan oleh industri peruncitan dan pengguna pada tahun 2030.
Konsep program ini adalah untuk menyelamatkan lebihan makanan yang masih boleh dimakan melalui pengumpulan daripada penyumbang iaitu pasaraya, pengilang, pengusaha makanan, hotel dan syarikat korporat. Makanan yang telah dikumpul kemudiannya akan diagihkan kepada kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti daripada keluarga miskin dan kurang upaya, rumah-rumah kebajikan, pusat bantuan makanan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pelajar-pelajar Universiti yang kurang berkemampuan.
OBJEKTIF UTAMA PROGRAM FOODBANK MALAYSIA
- Industri Peruncitan – mengurangkan pembaziran makanan yang masihbolehdiguna semula dan mengurangkan kos operasi pasaraya- pasaraya.
- InisiatifPeduliRakyat – membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan akses bekalan makanan agar dapat meringankan kos sara hidup golongan
- Meningkatkan Kesedaran Pengguna – memberikan kesedaran kepada pengguna berkenaan dengan inisiatif zero waste bagi mengelakkan pembaziran
- Pengurusan Lebihan Makanan Yang Lebih Sistematik - Mewujudkan struktur pengurusan lebihan makanan yang lebih tersusundanterancang sebagai salah satu inisiatif peringkat