anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Kepenggunaan Program Program Food Bank Mekanisme Dan Pencapaian

Mekanisme Pelaksanaan Program Food Bank Malaysia

  1. Penggerak: Rakan Strategik Utama, NGO dan PersatuanPelajar
  2. Penyelaras: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
  3. Penyumbang: Pasaraya, Pengilang, Pengeluar Makanan, Pengusaha Makanan danHotel
  4. Penerima: Keluarga Miskin dan Miskin Tegar, Rumah Kebajikan dan Mahasiswa Universiti

Pencapaian

1. Daripada Ogos 2018 sehingga Disember 2022, seramai 704,922 Ahli Isi Rumah telah berjaya mendapat manfaat daripada Program ini. Secara tidak langsung, Program ini juga telah berjaya menyelamatkan 4,405 sebanyak Tan Metrik lebihan makanan.

2. Bagi Program Food Bank Siswa pula, sejak program ini dijalankan daripada Februari 2019 sehingga Disember 2022, sebanyak 21,025 Mahasiswa telah mendapat manfaat daripada program ini yang telah dijalankan di 29 buah Institut Pengajian Tinggi (IPT).

3. Akta Perlindungan Penderma Makanan 2020 telah diwartakan pada 13 Mac 2020. Akta ini diwujudkan bertujuan untuk menggalakkan sumbangan makanan kepada golongan yang memerlukan dengan meredakan kebimbangan penderma-penderma, terutamanya pihak industri terhadap risiko tindakan undang- undang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.