anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2017 Jempol Lokasi Ketujuh Pelancaran FOK

JEMPOL, 5 OGOS 2017 –  Daerah Jempol menjadi destinasi ketujuh bagi  Majlis Pelancaran Friends Of KPDNKK (FOK) Peringkat Negeri Sembilan yang disermpurnakan pelancarannya oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin hari ini  yang berlangsung di Pejabat Daerah Jempol, di sini.

Negeri Sembilan adalah negeri yang ketujuh dipilih untuk siri pelancaran FOK peringkat negeri. FOK merupakan kumpulan sukarelawan yang menjalankan pelbagai peranan termasuk pemantauan harga barangan.

Selepas merasmikan Majlis Pelancaran FOK di Jempol, Dato’ Seri Hamzah kemudiannya bergerak ke Bahau untuk merasmikan Stesen Minyak Fadzlim Service.

KPDNKK akan terus bekerjasama dengan Petrol Dealers Association of Malaysia (PDAM) dalam usaha untuk menambah baik industri petrol serta diesel demi kebaikan semua.

Hadir sama, Pengarah Urusan Fazlim Station, Senator Dato’ Haji Mohd Salim Mohd Sharif, Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Muez Abd Aziz, serta Pengarah KPDNKK Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK