PUTRAJAYA, 25 OKTOBER 2017 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini menafikan berita yang ditularkan melalui laman media sosial tentang kenaikan harga minyak masak.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tindakan individu yang sengaja memuat naik berita yang pernah disiarkan akhbar China Press bertarikh 10 Oktober 2016 lalu melalui media sosial tentang kenaikan harga minyak masak amatlah dikesali.
KPDNKK menafikan tentang isu yang ditularkan itu dan menganggap penyebarannya sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan rasa panik dalam kalangan pengguna.
KPDNKK juga mengingatkan mana-mana pihak mendapatkan kepastian daripada kementerian ini sebelum menyiarkan sebarang kenyataan.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK