anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2021 MAJLIS PENYAMPAIAN GERAN PENUH DAN GERAN PADANAN DI BAWAH PROGRAM PEMBANGUNAN FRANCAIS MIKRO DAN FRANCAIS MAMPU MILIK

 

PUTRAJAYA, 2 Disember 2021 Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP meneruskan usaha bagi merancakkan kembali pertumbuhan sektor ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19 melalui. Program ini merupakan program utama tahun ini dalam usaha membangunkan industri francais berskala mikro dan menarik penglibatan lebih ramai rakyat, khususnya golongan B40 dan M40 untuk menceburi bidang perniagaan francais.

Seramai 37 penerima geran yang disampaikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri PDNHEP. Kesemua peserta ini telah berjaya melalui proses saringan serta penilaian termasuk memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh KPDNHEP dan Persatuan Francais Malaysia (MFA).

Pemberian Geran Penuh dan Geran Padanan adalah bertujuan untuk memperluaskan pertumbuhan perniagaan francais berskala mikro dan mampu milik dalam negara seterusnya mewujudkan peluang perniagaan kepada rakyat. Kementerian optimis melalui inisatif ini, pihak francaisor akan dapat membangunkan lebih banyak pakej permulaan perniagaan francais mampu milik bernilai RM100 ribu ke bawah serta pakej permulaan perniagaan francais mikro bernilai RM50 ribu ke bawah di samping mampu menambahkan bilangan usahawan francais.

KPDNHEP menjelaskan bahawa inisiatif Geran Penuh menyasarkan 8 pakej baharu francais berskala mikro dan mampu milik dapat dibangunkan pada tahun 2021. Pembiayaan geran ini merangkumi RM20 ribu bagi kajian pasaran francais mikro dan francais mampu milik serta jumlah terkumpul tidak melebihi RM100 ribu bagi membangunkan pakej.

Manakala pemberian Geran Padanan mensasarkan sekurang-kurangnya 27 usahawan francaisi akan dilahirkan sehingga akhir tahun 2021. Pemberian Geran Padanan ini bertujuan untuk mengurangkan kos permulaan perniagaan francais yang perlu ditanggung oleh bakal francaisi B40 dan M40 di mana kadar pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga nisbah 90:10 kepada francaisi yang berpotensi.

KPDNHEP menyedari bahawa permohonan yang diterima bagi inisiatif geran ini amat menggalakkan walaupun peruntukan yang tersedia adalah terhad. Oleh itu, KPDNHEP optimis bahawa sokongan berterusan oleh semua pihak yang berminat untuk terlibat dalam perniagaan francais mikro mahupun mampu milik akan menjadi penentu kepada kelangsungan inisiatif ini dan menjadi asas pertimbangan kepada Kerajaan untuk meluluskan penambahan peruntukan pelaksanaan program ini pada masa akan datang.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP