anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 HARGA RUNCIT MINYAK SAWIT TULEN KEMASAN BOTOL

HARGA RUNCIT MINYAK SAWIT TULEN KEMASAN BOTOL

PUTRAJAYA, 3 JANUARI 2023 - Harga maksimum minyak masak sawit tulen kemasan botol pada kuantiti 1 kilogram hingga 5 kilogram bagi tempoh 8 Januari hingga 7 Februari 2023 di kekalkan.

Menurut Datuk Seri Salahuddin Ayub Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kerajaan menerusi KPDN telah menetapkan harga maksimum minyak masak sawit tulen tersebut dikekalkan walaupun harag purata Minyak Sawit Mentah (CPO) di pasaran dunia mengalami peningkatan pada bulan Disember 2022.

Tambah beliau, Kerajaan ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain industri pengeluar  minyak masak sawit tulen melalui libat-urus yang dijalankan telah bersetuju mengekalkan harga runcit minyak masak sawit tulen kemasan botol pada harga sedia ada sebagai usaha bersama untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.

Berikut merupakan harga minyak masak tulen kemasan botol yang telah ditetapkan, 1 kg (RM6.90), 2 kg (RM 13.30), 3 kg (RM 19.60) dan 5 kg (RM 30.90).

Turut diingatkan, mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti Individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan syarikat boleh didenda sehingga RM500,000.

Akhir sekali, KPDN turut menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang membabitkan harga runcit minyak masak sawit tulen kemasan botol di pasaran secara rasmi melalui saluran rasmi Kementerian.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat