anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU YB MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU YB MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

PUTRAJAYA, 10 JANUARI 2023, SELASA- Telah berlangsungnya Majlis Amanat Tahun Baharu 2023, Anggota Pentadbiran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup yang bertemakan “Mendepani Cabaran Inflasi Dan Kos Sara Hidup” bertempat di Aras G, Dewan Serbaguna KPDN.

YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup telah menyampaikan ucapan dan amanat beliau kepada warga kerja KPDN. Antara intipati utama amanat beliau adalah mengenai imbasan pencapaian KPDN pada tahun 2022 dan juga fokus kementerian bagi tahun 2023.

Antara program-program yang diberi penekanan oleh YB Menteri bagi tahun 2023 adalah program-program baharu seperti INISIATIF BERJENAMA RAHMAH (KASIH SAYANG) atau PAYUNG RAHMAH yang meliputi ‘Bakul Rahmah’, ‘Jualan Rahmah’, ‘Kafe Rahmah’ dan ‘Pakej Rahmah’ yang merupakan program bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan strategik KPDN.

Seterusnya, INISIATIF BERJENAMA SURI yang meliputi ‘Rezeki Suri’ dan ‘Aduan Suri’ bagi membantu golongan suri rumah menjana pendapatan dan memudah serta mempercepatkan suri rumah mengemukakan aduan kepada KPDN melalui QR Code.

Selain itu juga, mengkaji pelaksanaan HARGA MUNASABAH/ADIL atau FAIR PRICE berdasarkan data-data harga daripada seluruh negara bagi menambah keanjalan di bahagian permintaan dalam usaha mengawal inflasi.

YB Menteri juga telah mengarahkan Kementerian supaya mengkaji kebolehlaksanaan dan memperincikan ‘Sistem Perlindungan Sosial Baharu’ yang komprehensif bagi membantu dalam pemberian subsidi secara lebih tepat, dan bersasar bagi memastikan kebolehmampuan rakyat berbelanja keperluan asas di samping kaedah bagi meningkatkan penjanaan pendapatan dan simpanan hari tua bagi kumpulan berpendapatan rendah secara bantuan bersyarat.

Akhir amanat yang disampaikan, YB Menteri menyeru agar warga Kementerian bergerak sebagai satu pasukan KPDN yang mantap, berintegriti dan dinamik dalam menjayakan aspirasi negara ke arah Malaysia yang sejahtera, makmur dan bersatu.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat