anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 MAJLIS PENGHARGAAN PENYUMBANG TABUNG KEBAJIKAN PERUBATAN MALAYSIA

WhatsApp Image 2023 01 15 at 2.07.27 PM

BANGI, 15 Januari 2023 - YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah merasmikan Majlis Penghargaan Penyumbang Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia.

Penganjuran majlis ini merupakan satu inisiatif TKPM bagi menghargai para penyumbang dan menyantuni golongan yang kurang berkemampuan (B40) khususnya daripada kalangan pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Program ini merupakan program pertama kali diadakan oleh TKPM Induk semenjak TKPM diwujudkan pada tahun 2007.

Majlis ini turut melancarkan tabung khusus bagi membantu pesakit strok terlantar atas nama “Tabung Pesakit Strok” sebagai menyokong Pelan Strategik Kementerian Kesihatan Malaysia bagi melibatkan lebih ramai bilangan rakan strategik GO's dan NGO's serta syarikat korporat yang dapat memberikan sumber bantuan kewangan membantu pesakit yang memerlukan.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia agensi di bawah KPDN menjadi penyumbang pertama Tabung Pesakit Strok dengan menyumbangkan RM10,000 untuk kegunaan TKPM dalam membantu pesakit strok yang memerlukan.

Untuk makluman, kesihatan merupakan salah satu komponen utama Kos Sara Hidup yang bukan hanya berkenaan kos makanan dan minuman, tetapi meliputi kos perumahan, utiliti, pengangkutan, dan pendidikan. Di peringkat Kementerian, kita sentiasa komited membantu rakyat menangani isu kos sara hidup ini. Kerajaan telah mewujudkan sekretariat bersama iaitu Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang akan menjadi platform di peringkat pegawai untuk membincangkan peranan pelbagai agensi dalam menangani kos sara hidup. Pendekatan “whole of nation” akan terus diperkasakan bagi memastikan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan dan swasta memainkan peranan dalam usaha menangani isu kos sara hidup ini.