anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 OPS TERJAH KE PASAR BESAR ALOR SETAR, KEDAH

WhatsApp Image 2023 01 13 at 2.59.45 PM

ALOR SETAR, 13 JANUARI 2023, JUMAAT-YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah melakukan OPS TERJAH Ke Pasar Besar Alor Setar, Kedah.

YB Menteri telah meninjau bekalan barangan basah & kering yang terdapat di pasar besar ini. Pada masa yang sama beliau juga memeriksa dan memastikan bekalan barangan keperluan mencukupi dan dijual mengikut harga yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Untuk makluman, OPS TERJAH ini adalah untuk melihat sendiri masalah bekalan dan harga barangan asas, mengenalpasti zon atau kawasan mana yang terjejas dengan bekalan dan harga serta tahap keseriusannya; dan mengenalpasti punca utama kenapa berlakunya isu rantaian bekalan dan harga barangan keperluan asas.

Melalui dapatan daripada OPS TERJAH ini, kerajaan akan pastikan rangka kerja untuk tindakan segera dihasilkan. Pihak Kementerian juga sedang menyediakan pelan strategik jangka masa pendek dan sederhana berdasarkan maklumat yang kami terima. Ini amat penting untuk memastikan kestabilan bekalan barangan asas memandangkan musim perayaan bakal tiba tidak lama lagi.

Selaras dengan objektif utama OPS TERJAH, 2,200 orang Pegawai Penguat Kuasa KPDN akan digerakkan untuk melakukan OPS TERJAH di seluruh negara dalam masa sebulan ini dan melaporkan situasi sebenar kedudukan bekalan dan harga barangan keperluan asas kepada Kementerian.