anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PENGUMUMAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN (SHMMP) TAHUN BARU CINA 2023

SHMMP TAHUN BARU CINA 2023

ALOR SETAR, 12 JANUARI 2023, KHAMIS- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2023 sempena Tahun Baru Cina pada 22 Januari ini. Inianya telah diumumkan oleh   YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Lotus’s Mergong, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

Menrut beliau, pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2023 ini akan dilaksanakan berkuatkuasa dari 15 Januari hingga 29 Januari 2023. Tempoh pelaksanaan adalah selama 15 hari iaitu 7 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 7 hari selepas perayaan. Pada masa yang sama, ayam dan telur ayam sedang dikawal harganya di bawah pelaksanaan penentuan harga ayam dan telur ayam.

Sebanyak 8 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2023. Senarai barangan bagi Skim ini adalah seperti berikut:

a. Ikan bawal putih (berat antara 200gram hingga 400gram seekor)

b. Udang putih (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram)

c. Bawang putih (China)

d. Ubi Kentang Import (China)

e. Kobis Bulat Import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing)

f. Babi hidup (Kawalan diperingkat ladang sahaja)

g. Daging babi (perut)

h. Daging babi (daging dan lemak)

Tempoh pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2023 kali ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga. Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama.

Penentuan harga ini dibuat dengan mengambil kira pandangan dari pemain industri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) serta agensi di bawahnya dan data-data harga barangan yang dikutip oleh Bahagian Harga Barang Negara (BHBN), KPDN.

SHMMP Tahun Baru Cina 2023 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat di semua peringkat. Semakan harga boleh dibuat melalui website Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di https://www.kpdn.gov.my.

Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa KPDN telah ditugaskan di lokasi- lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan. Strategi ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan ini dan mengunakan label merah jambu bagi barangan tersebut.