anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 WALKABOUT PEMANTAUAN PELAKSANAAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2023

WALKABOUT PEMANTAUAN PELAKSANAAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2023

BANGSAR, 16 JANUARI 2023, ISNIN - YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melaksanakan walkabout bagi memantau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina hari ini di Aeon MidValley, Bangsar, Kuala Lumpur.

Walkabout ini adalah bertujuan untuk membuat tinjauan ke atas kepatuhan peniaga terhadap harga maksimum yang telah ditetapkan bagi barang-barang yang telah disenaraikan dalam SHMMP Tahun Baru Cina 2023.

Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memaklumkan kepada rakyat tentang langkah Kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup dan ketidakstabilan harga barangan di mana ianya akan jadi lebih berkesan dengan penglibatan rakyat di semua peringkat.

Untuk pengetahuan, pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2023 ini mula berkuatkuasa mulai semalam iaitu 15 Januari 2023 hingga 29 Januari 2023. Tempoh pelaksanaan adalah selama 15 hari dan berkuat kuasa pada 7 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 7 hari selepas perayaan.

Sebanyak 8 jenis barangan yang diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2023. Senarai barangan bagi Skim ini adalah seperti berikut:

a. Ikan bawal putih (berat antara 200gram hingga 400gram seekor)

b. Udang putih (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram)

c. Bawang putih (China)

d. Ubi Kentang Import (China)

e. Kobis Bulat Import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing)

f. Babi hidup (Kawalan diperingkat ladang sahaja)

g. Daging babi (perut)

h. Daging babi (daging dan lemak)