anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 MCDONALD'S MALAYSIA LANCAR MENU RAHMAH SEBAGAI KOMITMEN MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA

 

image

KUALA LUMPUR, 8 MAC 2023, RABU– McDonald’s Malaysia telah menyambut baik usaha murni Kerajaan dengan menyediakan Menu RAHMAH. Ianya telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di McDonald’s Mutiara Damansara, Selangor.

Pelancaran Menu RAHMAH McDonald’s hari ini sebagai usaha untuk menyediakan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menikmati hidangan McDonald’s dengan harga yang berpatutan, pada hanya RM5.

McDonald’s Malaysia menawarkan tiga pilihan Menu Rahmah berharga RM5 iaitu Burger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil), Bubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil) dan menu ketiga adalah McEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil). Menu Rahmah McDonald’s boleh didapati sepanjang hari di semua restoran McDonald’s di seluruh negara.

Sempena pelancaran Menu Rahmah, McDonald’s juga mengumumkan kemunculan semula menu yang sangat dinantikan ramai sempena bulan Ramadan, iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging, yang boleh didapati di semua restoran McDonald’s mulai hari ini.

Dalam majlis sama, McDonald’s turut menyantuni anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia di Kajang dengan hidangan Menu Rahmah, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat ini dalam menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat