anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 FRANCHISE WALKABOUT DAN MAJLIS PELANCARAN PAMERAN DAN PERSIDANGAN FRANCAIS ANTARABANGSA MALAYSIA 2023

image

PUTRAJAYA, 14 MAC 2023, SELASA – YBhg Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN telah melakukan sesi Franchise Walkabout dan sekaligus melancarkan Majlis Pelancaran bagi Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2023 (FIM2023) anjuran bersama KPDN dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya.

Memulakan majlis pada hari ini, YBhg Datuk KSU telah beramah mesra bersama 7 jenama francais di IOI City Mall ini iaitu Seoul Garden, Oldtown White Coffee, Tealive, Asam Pedas Premier, JM Bariani dan akhirnya di outlet CheeseU.

Untuk pengetahuan, Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2023 (FIM2023) yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Persatuan Francais Malaysia (MFA) akan berlangsung pada 18 hingga 20 Mei 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan program ini menyediakan pendedahan dan peluang perniagaan kepada pengunjung yang berminat untuk menjadi usahawan francais.

Penganjuran FIM kali ke-30 ini disokong dan diiktiraf sepenuhnya oleh badan francais antarabangsa iaitu World Franchise Council (WFC), Asia Pacific Franchise Confederation (APFC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Sementara itu, program ini juga turut mendapat tajaan daripada pelbagai pihak termasuk daripada Perbadanan Nasional (Pernas), Ayam Penyet Bagus Sdn Bhd (Ayam Penyet Best), Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd (Oldtown White Coffee), PMA Rich (M) Sdn Bhd, Brickforest Sdn Bhd (Myeongdong Topokki) dan Korea Agro- Fisheries & Food Trade Corporation (Korea Agro).

Oleh : Unit Komunikasi Korporat