anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 TURUN PADANG KETUA SETIAUSAHA NEGARA BERSAMA KSU KPDN

 

image

 

BATU PAHAT, 22 MAC 2023, RABU - YBhg Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Bin Ali -Ketua Setiausaha Negara bersama Datuk Azman Bin Yusof -Ketua Setiausaha KPDN turun padang bagi melawat ke beberapa sekolah di sekitar Batu Pahat iaitu Sekolah Sri Sejati, Sekolah Kg Jawa dan Balai Raya Kg Parit Yusof.

Kehadiran ini juga bagi melihat pelaksanaan pasukan sukarelawan penjawat awam bagi membantu pengurusan pasca banjir di kawasan terjejas. Antara aktiviti sukarelawan yang dijalankan adalah membantu dari segi membersihkan kawasan sekolah, balai raya, masjid dan rumah-rumah penduduk.

Untuk makluman, sukarelawan penjawat awam ini telah bermula pada 21 Mac 2023 yang tertumpu di kawasan banjir sekitar Batu Pahat telah melibatkan 47 orang terdiri dari warga kerja KPDN Johor dan KPDN Putrajaya bersama agensi serta lain-lain kementerian.

Turut diadakan majlis serahan sumbangan Bakul RAHMAH yang meliputi barang makanan dan barang keperluan bagi membantu meringankan beban kepada 50 orang mangsa-mangsa banjir di lokasi PPS terpilih.

Turut hadir sama, Datuk Hj Azman Adam -Ketua Pengarah Penguatkuasa Puan Lilis Saslinda Pornomo -Pengarah KPDN Johor, serta pengawai-pegawai Kementerian.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat