anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PELANCARAN PROGRAM FOODBANK WAKAF RAHMAH

image

PUTRAJAYA, 21 MAC 2023, SELASA - Telah berlangsung Pelancaran Program Food Bank Wakaf RAHMAH dan Penyerahan Tatacara Pengurusan Astet Wakaf Malaysia (YWM) kepada KPDN dan Hotel Marriot Putrajaya oleh YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Hotel Marriot, Putrajaya.

Ini adalah kesinambungan daripada inisiatif Program Food Bank Malaysia (PFBM) yang telah dilaksanakan oleh KPDN sejak Februari 2019. Sehingga kini, PFBM menempatkan tiga belas (13) mesin retort di sepuluh (10) buah negeri yang melibatkan sektor perhotelan, katering dan pertanian termasuk Rakan Strategik Utama PFBM telah mendapat manfaat daripada inisiatif program ini.

Menurut YB Senator Puan Hajah Fuziah, pelaksanaan Inisiatif Teknologi Pembungkusan Makanan secara Retort, sebanyak 7,566 pek makanan retort telah dimanfaatkan oleh golongan sasar dan pelajar B40 sekaligus dapat mengurangkan beban kos sara hidup pelajar di kampus.

KPDN juga telah melaksanakan Inisiatif Teknologi Pembungkusan Makanan secara Retort yang melibatkan industri perhotelan, katering dan pengeluar makanan. Sebanyak dua belas (12) buah mesin retort sedang beroperasi di sepuluh (10) lokasi terpilih di seluruh negara. Inisiatif ini disambut baik oleh ramai pihak dan membantu ramai golongan sasar khususnya mangsa bencana seperti banjir memandangkan makanan retort bersifat ready to eat dan ia juga amat sesuai untuk pelajar yang menetap di kolej kediaman kampus

Tambahnya lagi, Kementerian juga turut melancarkan tabung wakaf untuk pembelian mesin retort untuk membolehkan orang ramai turut sama membantu Kementerian menjayakan Food Bank Wakaf Rahmah. Sumbangan boleh dibuat dengan mengimbas QR Code yang disediakan. Program Wakaf Food Bank RAHMAH, kerjasama dengan Yayasan Wakaf Malaysia 2 untuk membolehkan lebih ramai masyarakat berwakaf bagi tujuan pembelian mesin retort. Serendah RM1, sumbangan boleh dibuat dengan mengimbas QR Code DuitNow yang disediakan.

KPDN juga amat mengalu-alukan sumbangan dari syarikat-syarikat, organisasi- organisasi dan orang perseorangan sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan yang memerlukan khususnya mangsa bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat