anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PELANCARAN BAZAR RAMADAN RAHMAH (BRR)

image

PUTRAJAYA, 27 MAC 2023, ISNIN– Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Peringkat Kebangsaan sekaligus melakukan sesi walkabout peniaga di Bazar Ramadan RAHMAH Presint 14, Putrajaya.

Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) adalah inisiatif terbaru Kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menyediakan pilihan hidangan untuk berbuka puasa pada harga murah dan berpatutan. Ini termasuklah dengan menggalakkan peniaga bagi menyediakan kepelbagaian konsep penyediaan makanan atau produk yang seimbang berteraskan Menu RAHMAH kepada pengunjung yang datang ke Bazar Ramadan pada tahun ini.

Menrut Yb Datuk Seri Salahuddin, antara kriteria BRR sebahagian peniaga menawarkan Menu RAHMAH, lokasi yang menjadi tempat tumpuan rakyat dan menggalakkan kadar sewa RAHMAH serta berpatutan kepada peniaga berdasarkan lokaliti. Inisiatif BRR ini dilaksanakan secara kerjasama strategik di antara KPDN dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tanpa melibatkan sebarang implikasi kos kepada Kerajaan.

Sehingga kini, sebanyak 38 lokasi sedang melaksanakan BRR di seluruh negara termasuklah 1 lokasi BRR yang dilaksanakan bersama Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam menyantuni rakyat di sekitar Putrajaya sepanjang bulan Ramadan ini.

Pada masa yang sama, KPDN bersama PPj juga meneruskan perluasan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Inisiative – ReDI) bermula sejak April 2021 yang bertujuan untuk memastikan peniaga kecil ini tidak terus ketinggalan di dalam arus perdana dan bersama-sama dalam melibatkan diri menerusi model baharu perniagaan secara digital.

Selari dengan matlamat tersebut, seramai 512 peniaga di 5 Bazar Ramadan di Putrajaya telah mengaplikasikan sepenuhnya (100%) pembayaran digital tanpa tunai (Cashless).

Oleh : Unit Komunikasi Korporat