anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 FLAG OFF KONVOI BAKUL RAHMAH KE TAMBUN OLEH YAB PERDANA MENTERI

image

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023, SELASA– YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama-sama YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah melepaskan “Flag Off” Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun yang diadakan di Lobi Pejabat Ketua Majlis, Bangunan Parlimen.

Sebanyak 1500 Bakul RAHMAH dan 6 buah lori telah dilepaskan ke Tambun oleh YAB Perdana Menteri. Untuk pengetahuan umum, KPDN telah melancarkan Inisiatif Bakul RAHMAH melalui Program Payung RAHMAH yang telah diperkenalkan oleh Kementerian pada awal tahun ini bagi membantu kumpulan miskin tegar B10 (pendapatan kurang daripada RM2,500) dan mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan ini.

Menurut YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, sehingga hari ini, sebanyak 26,150 Bakul RAHMAH telah diagihkan ke seluruh Malaysia dengan bantuan sumbangan berbentuk makanan asas daripada Yayasan Global Mesra (YGM). Kementerian akan menggerakkan Inisiatif Bakul RAHMAH ini dengan kerjasama bersama Rakan Strategik, Pemain Industri (pasar raya) agensi Kerajaan, Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sebagainya. Sehingga hari ini, Inisiatif Bakul RAHMAH ini semakin mendapat perhatian ramai terutama syarikat korporat dan hal ini akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Kementerian berharap lebih ramai pihak industri, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), tokoh korporat, dermawan dan orang perseorangan dapat bersama Kementerian dalam menggembleng tenaga dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar dan seterusnya menjayakan Inisiatif Bakul RAHMAH ini.

Kementerian mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang giat aktif membantu melaksanakan Kementerian dalam membantu golongan sasar. KPDN juga amat                          mengalu-alukan sumbangan dari syarikat-syarikat, organisasi-organisasi dan orang perseorangan sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan yang memerlukan khususnya mangsa bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat