anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 LIBAT URUS PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN

image

BANGI, 05 APRIL 2023, RABU- Telah berlangsung sesi libat urus Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Gerakan Pengguna Siswa bersama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh di De.Wan Bangi Resort Hotel.

Fokus utama sesi libat urus ini diadakan bertujuan mendayaupayakan pengguna melalui perkongsian ilmu, menyebar luas dan meningkatkan kesedaran kepenggunaan.

Sesi ini juga merupakan platform dalam mendengar idea-idea yang lebih segar secara santai selain bertukar pandangan dan mendekatkan lagi jalinan kerjasama antara Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Gerakan Pengguna Siswa bersama Kementerian.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat