anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 HARGA RUNCIT MINYAK MASAK SAWIT TULEN KEMASAN BOTOL KEKAL

image

PUTRAJAYA, 3 APRIL 2023 - Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersetuju untuk mengekalkan harga runcit minyak masak sawit tulen untuk tempoh 8 April 2023 hingga 7 Mei 2023.

Secara umumnya, terdapat kenaikan harga minyak sawit mentah (crude palm oil) untuk bulan Mac berbanding bulan sebelumnya yang telah melepasi RM4,000.00 per tan metrik. Purata harga Minyak Sawit Mentah untuk bulan Mac 2023 adalah RM 4,139 per tan matrik berbanding RM 3,908 per tan matrik pada bulan Februari 2023. Kenaikan ini sekaligus akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga runcit minyak masak tulen kemasan botol berdasarkan kepada konsep harga siling bergerak.

Ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Payung RAHMAH dalam membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga. Ianya juga adalah bagi mengelakkan kesan kepada pengguna serta untuk memastikan sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak terjejas dengan sebarang isu kenaikan harga yang tidak munasabah.

Berikut merupakan harga runcit maksimum bagi minyak masak (botol) 1kg (RM6.90), 2kg (RM13.30), 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90). Pengekalan harga runcit minyak masak sawit kemasan botol ini melibatkan pembayaran subsidi kepada pengilang-pengilang penapis secara tuntutan bayaran balik (reimbursement) berdasarkan bilangan tuntutan sebenar.

Mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti. Pengguna disarankan agar menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN termasuk harga runcit minyak masak sawit tulen di 3 pasaran secara rasmi melalui saluran yang disediakan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat