anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 MAJLIS PENYERAHAN BAKUL RAHMAH BERSEMPENA DENGAN PROGRAM MEMACU KEHIDUPAN

image

PULAU PINANG, 7 APRIL 2023, JUMAAT- YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bakul RAHMAH Bersempena Dengan Program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri dengan kerjasama PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) yang diadakan di Stesen PETRONAS BKE2, Pulau Pinang.

Untuk pengetahuan, pihak PETRONAS telah berbesar hati untuk menyumbangkan 9,000 Bakul RAHMAH keperluan asas dan bantuan berbentuk kad minyak dengan kerjasama Yayasan PETRONAS bersama cabang CSR serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan diagihkan kepada golongan sasar sempena musim perayaan iaitu, perayaan aidilfitri dan perayaan utama di seluruh negara.

Melalui inisiatif ini, KPDN dan PDB berharap dapat meringankan beban dan menyebarkan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba kepada mereka yang memerlukan.

Sehingga kini Inisiatif Bakul RAHMAH telah berjaya memanfaatkan seramai 34,000 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar tanpa mengira kaum, bangsa dan agama di seluruh negara. Kerjasama ini telah dijalankan bersama Rakan Strategik Kementerian secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Oleh : Unit Komunikasi Korporat