anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 SSM SUMBANG RM100,000 KEPADA 500 ASNAF DI KEDAH

image

ALOR SETAR, 8 APRIL 2023, SABTU – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyantuni golongan yang memerlukan melalui penyampaian sumbangan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM100,000 kepada 500 asnaf di negeri Kedah.

Sumbangan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) semasa Program Semarak Niaga SSM bertujuan membantu meringankan beban golongan lebih 500 penerima asnaf.

Antara pengisian program ialah taklimat mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang ditawarkan oleh SSM.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat