anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PERJUMPAAN KETUA SETIAUSAHA KPDN BERSAMA LAPAN SYARIKAT FRANCAIS MALAYSIA

image

PUTRAJAYA, 18 APRIL 2023 – YBhg Datuk Azman Mohd Yusof, KSU KPDN, telah mengadakan perjumpaan bersama 8 syarikat francais yang akan mengikuti misi perdagangan francais yang pertama tahun 2023 ke Melbourne, Australia yang akan diadakan pada 2 hingga 8 Mei 2023.
Misi perdagangan yang akan diketuai oleh YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup ini merupakan program Enhanced Franchise Development Program (EFDP) yang diwujudkan untuk menggalakkan pengukuhan dan seterusnya pengembangan francais tempatan di luar negara.
Program EFDP yang dilaksanakan sejak 2015 ini telah memperuntukkan sebanyak RM18 juta di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan Ke-12 bagi program-program yang melibatkan pengantarabangsaan francais. Buat masa ini sebanyak 68 jenama francais tempatan telah berkembang ke 74 negara di seluruh dunia.
Untuk makluman, sebanyak 8 jenama yang akan terlibat dalam pameran Franchise and Business Opportunities Expo 2023 di Melbourne, Australia adalah Marrybrown, Oldtown White Coffee, Smart Reader, LaundryBar, Q-Dees, US Pizza, CheeseU dan HOME. Tambahnya lagi, syarikat-syarikat yang menyertai misi perdagangan ke Melbourne, Australia ini diharap mendapat hasil bagi pulangan pelaburan kepada negara.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat